David De Gea kini melalui detik yang kurang bagus di Man United. Beliau baru sahaja melakukan dua kesilapan yang membuatkan Man United tersingkir daripada Piala FA.

Man United tewas 1-3 di tangan Chelsea dalama aksi separuh akhir.

Namun itu bukanlah kesilapan pertamanya pada musim ini. Kira kira sebula yang lalu David De Gea juga membuat kesilapan teruk membuatkan Red Devils 1-1 dengan Spurs.

Walaubagaimanapun De Gea memperbaiki prestasi beliau dan dilihat sudah mampu kembali ke prestasi sebenarnya.

Ramai yang berpendapat, momen selepas Sepanyol dikalahkan Portugal dalam Piala Dunia 2018, dengan hatrik oleh Cristiano Ronaldo telah membuatkan penjaga gol itu sudah tidak seperti dahulu.

Malah selepas aksi itu, rakan rakannya juga memanggilnya dengan panggilan Karius – merujuk kepada penjaga gol yang teruk dan melakukan kesilapan yang membunuh pasukan.

Pada 2018, dalam satu aksi perlawanan pra musim di antara Man United dengan Real , Marco Asensio telah memanggil De Gea dengan nama Karius.

Ini selepas aksi buruk De Gea dalam Piala Dunia 2018 yang bolos 6 kali daripada 7 shot yang dia hadapi.

“Karius! Karius! Karius!” demikian panggilan berbaur jenaka oleh Asensio saat menghampiri David De Gea.

Karius merupakan penjaga gol yang melakukan dua error dalam final Liga Juara Juara Eropah 2018 yang membolehkan Real Madrid menjuarainya.

De Gea seringkali dikaitkan dengan Real Madrid. Namun selepas Piala Dunia tersebut, Real Madrid mendapatkan Thibaut Courtois.

Musim ini De Gea turut berdepan masalah kurang konsisten. Dan sudah ada beberapa peminat United yang mahukan Dean Henderson dijadikan penjaga gol utama mereka pada musim hadapan.

Namun Ole Gunnar Solskjaer tetap melabel De Gea sebagai penjaga gol terbaik di dunia ketika ini.

Dan Solskjaer menegaskan, De Gea akan tetap menjadi penjaga gol no.1 di United.

Baca juga perkembangan lain

Giroud Tak Sabar Nak Rosakkan Pesta Kejuaraan Liverpool

Ole Bidas Mourinho & Lampard: Faktanya, Man United Banyak Menjadi Mangsa VAR

Chelsea Mahukan Oblak Gantikan Kepa