Pemain muda Amerika Syarikat yang baru menyertai Barcelona, Serginio Deest yakin negaranya mampu menjadi juara Piala Dunia 2026 – di mana AS akan menjadi tuan rumah bersama dengan Mexico dan Kanada.

Ini kerana menurut Dest mereka memiliki ramai bintang baru berbakat termasuk Christian Pulisic di Chelsea, Gio Reyna di Borussia Dortmund, Weston McKennie di Juventus dan Dest sendiri di FC Barcelona.

“Amerika Syarikat berpeluang memenangi Piala Dunia 2026.”

“Saya belum bertemu Gio Reyna, jadi saya tidak mengenalnya lebih rapat, tetapi saya pernah bermain dengan Pulisic. Mereka adalah pemain yang semakin dewasa.”

“Bola bulat, jadi kami selalu memiliki peluang, tapi saya rasa mungkin kami akan mempunyai peluang lebih tinggi pada 2026.”

“Kami mempunyai ramai pemain muda dalam pasukan, saya rasa kita harus pergi dan merasainya [Piala Dunia 2022].”

“Saya harap kita akan melangkah jauh, tetapi itu sesuatu yang belum tak dapat katakan apa apa lagi” jelasnya.

Dest menjadi pemain Amerika Syarikat pertama bermain untuk Barcelona. Namun bagi beliau itu bukan perkara yang penting bagi beliau.

Dest menolak tawaran daripada Bayern Munich untuk menyertai Barcelon. Beliau mendedahkan, sebab utama beliau berbat demikian adalah untuk masa depannya.

“Ketika saya menandatangani kontrak dengan Barca, saya tidak fikir soal apakah saya boleh menjadi orang Amerika pertama yang bermain untuk Barcelona, tidak.”

“Saya membuat keputusan untuk diri saya sendiri. Saya fikir ini bagus untuk perkembangan karier saya.”

“Mudah-mudahan saya dapat [mencapai] perkara-perkara indah dengan kelab yang indah ini dan mengembangkan diri dengan sebaik mungkin.”

“Ia luar biasa, impian saya menjadi kenyataan! Saya bermain untuk Barcelona sekarang.”

“Saya rasa saya telah melakukan debut hebat yang menentang Sevilla. Selain itu, kami tewas dalam el clasico, tetapi bagi saya, ini baru permulaan.”

Baca juga perkembangan lain

Thiago Silva Alami Sakit Kerana Terkejut Dengan Intensiti Dan Fizikal EPL

Risau Dengan Disiplin Greenwood, United Mahu Ubah Kluasa Dalam Tawaran Kontrak

Pemain 21 Tahun Ligue 1 Ini Minta Siapa Yang Tak Ada Duit Hubungi Dia