Semalam Jose Mourinho memilih Perancis sebagai calon juara Euro kali ini. Sambil beliau menyifatkan bahawa, jika Perancis tak juara maka kempen mereka dikira gagal.

Hal ini kerana Mourinho menyifatkan Perancis sebagai tidak ada kelemahan. Walaupun yakin England akan mampu juara, namun Mourinho memilih Perancis sebagai pasukan pilihan juara.

“Perancis boleh membentuk pasukan A, B dan C kerana mereka memiliki ramai pemain hebat.”

“Apabila kamu adan Kylian Mbappe dalam pasukan, sangat sukar untuk kamu tidak menang.”

“Saya tak nampak kelemahan pasukan Perancis. Jika saya diminta memilih siapa calon juara, saya pilih mereka, kerana kelompok pemain pemain mereka sangat luar biasa.”

“Perancis harus menjadi juara atau kempen ini dikira Euro yang gagal buat mereka.”

Kenyataan itu menurut Deschamps berbaur peang saraf daripada Mourinho yang menganggap Perancis pasukan sempurna dan mesti juara.

Lalu Deschamps memberikan perbandingan dengan skuad Spurs sebelum ini yang dibimbing Mourinho, walaupun tiada kelemahan, namun tetap tak menang trofi.

“Saya terfikir benda yang sama tenang pasukan Tottenham, namun ianya tidak berakhir seperti itu [menang trofi]…”

“Ya, kami pasukan pilihan berdasarkan status kami sebagai juara dunia. Ini bukannya satu tekanan, tetapi satu realiti. Kita tidak akan berdebat tentang Perancis sebagai pasukan pilihan dalam Euro.”

“Jelas sekali, saya ada potensi barisasn serangan yang sangat baik, namun ianya bukan itu sahaja.”

“Keseimbangan harus dicapai menerusi beberapa susun atur. Saya berharap kami menguasai bola sebanyak mungkin. Namun ada masanya kami gagal dan kami akan tetap mengekalkan kekuatan kami.”

Baca juga artikel

Mourinho: “Saya Yakin England Boleh Juara, Kamu Harus Percaya Juga”

Aston Villa Tewaskan Arsenal Dapatkan Buendia

Ayah Aguero Tak Terpedaya Dengan Air Mata Palsu Guardiola