Jurulatih Pasukan kebangsaan Perancis, Didier Deschamps, menganggap bahawa Anthony Martial masih kekok beraksi di posisi serangan skuad Les Bleus.

Ini selepas aksi kurang memberangsangkan Anthony Martial dalam aksi menentang Portugal di Piala Negara Negara Eropah.

Deschamps tidak gembira dengan permainan Martial yang disifatkannya membazir peluang dan selalu gagal memanfaatkan setiap peluang di depan gawang gol.

Ada beberapa aksi cemerkap Martial di hadapan gol membuatkan beliau gagal untuk melakukan lebih baik. Jurulatih Perancis itu tidak berselindung dengan rasa tidak puas hatinya dengan prestasi Martial.

Namun, Deschamps tidak mahu terus menyisihkan Martial daripada pasukan utama. Ini kerana Martial baru sahaja kembali ke pasukan kebangsaan Perancis. Pemain yang pernah disisihkan Deschamps daripada tugasan Piala Dunia yang lalu.

Deschamps tetap gembira dengan perkembangan Martial di Man United. Di mana pemain itu mendapat lebih banyak minit perlawanan beberapa bulan terakhir ini.

Deschamps juga melihat perubahan Martial sebagai seorang pemain dan seorang insan yang lebih matang.

Deschamps tidak menolak kemungkinan, Martial masih tercari cari rentak dengan pasukan kebangsaan, setelah lama tidak bermain bersama.

“Penyudah dia agak kurang. Dia kelihatan sedikit kekok. Tetapi, sejujurnya, setelah menonton momen itu lagi, itu hanya masalah kecil,” kata Deschamps kepada Goal, Selasa

“Dia adalah sebahagian daripada sekumpulan pemain yang sudah lama tidak berada di sini, tetapi dia telah banyak beruhab selama ini, di dalam dan di luar padang.”

Sejak kembali ke pasukan kebangsaan Perancis pada September 2020, Martial telah bermain lapan perlawanan. Namun, pemain berusia 24 tahun itu masih belum menjaringkan satu gol pun dan hanya dapat memberikan dua assist.

Baca juga perkembangan lain

Deadpool Secara Rasminya Menjadi Pemilik Wrexham AFC

Jack Grealish Tonton Video Coutinho Dan De Bruyne Untuk Perbaiki Dirinya

Bendtner Dedahkan Pemain Juventus Merokok Di Tandas, Anggap Ia Pemandangan Luar Biasa