Jurulatih pasukan kebangsaan Perancis, Didier Deschamps, mendakwa Antoine Griezman tidak senang dengan posisinya di Barcelona pada ketika ini.

Menurut Deschamps, hal itu berlaku kerana perubahan posisi yang berlaku pada Griezmann di bawah bimbingan jurulatih Ronald Koeman.

Antoine Griezmann kini bermain di sayap kanan dengan Barcelona. Kedudukan ini pastinya tidak digemari oleh Griezmann, yang mahukan peranan sebagai no.9.

Griezmann telah bermain di sayap kanan dalam tiga perlawanan terakhir Barcelona. Bersama Ansu Fati dan Philippe Coutinho, pemain Perancis itu bermain sebagai penyerang sokongan kepada Lionel Messi.

“Saya yakin dia tidak gembira dengan situasi ketika ini di Barcelona. Jika dia mengatakanya kepada umum, saya rasa Ronald Koeman tidak akan senang mendengarnya,” kata Deschamps.

“Saya tidak mahu masuk campur dan membincangkan apa yang berlaku di kelab. Kerana itu akan membuatkan Koeman tidak gembira mendengarnya.”

“Tetapi Griezmann kini bermain di sayap kanan. Saya tidak faham mengapa dia tidak bermain dalam peranan yang lebih penting,” kata Deschamps.

Perubahan kedudukan itu memberi kesan langsung kepada penampilan Antoine Griezmann di Barcelona. Dalam tiga perlawanan beliau beraksi, Griezmann belum dapat menjaringkan gol atau menyumbang bantuan gol.

Griezmann memilikin rekod yang hebat sebagai penyerang tengah. Dalam 141 penampilan di posisi itu, Griezmann telah menjaringkan 75 gol dan 28 assist.

Di samping itu, Griezmann sering bermain di sayap kiri dan telah menjaringkan 47 gol dan 20 assist dalam 133 perlawanan.

Griezmann juga mampu dipercayai sebagai penyerang kedua. Griezmann menjaringkan 47 gol dan 21 assist dalam 101 perlawanan ketika berada di posisi itu.

Bagi posisi sayap kanan, Griezmann jarang bermain. Setakat ini, Griemann hanya bermain 30 kali dan hanya menjaringkan sembilan gol dan dua assist sebagai sayap kanan.

Baca juga perkembangan lain

Bukan Woodward, Tetapi Joel Glazer Yang Menentang Pembelian Jadon Sancho

Parti Harijadi Langgar Peraturan Covid-19, Sancho, Abraham & Chilwell Terlepas Aksi Menentang Wales

RASMI: Man United Umumkan Alex Telles Dan Cavani