Derby County kini dilanda masalah kewangan yang sangat kritikal menyebabkan mereka kini diletakkan dibawah pentadbiran insolvensi berlesen (administration) di England selain ditolak 12 mata atas keadaan kewangan yang sangat teruk ini. English Football League (EFL) dalam kenyataan terbaru mereka semalam mengesahkan hal tersebut, semalam.

Derby yang diuruskan oleh Wayne Rooney, bekas penyerang ulung Manchester United dan pemain kebangsaan England, memfailkan notis untuk melantik pentadbir baru untuk menguruskan krisis kewangan pada minggu lalu dan kini mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan pentadbir kelab yang baru, semalam.

Beberapa faktor dikatakan telah menyumbang kepada keputusan tersebut seperti ketiadaan pembeli kelab yang baru serta keadaan pandemik yang menyumbang kepada aliran kewangan yang negatif kepada kelab.

Wayne Rooney juga dikhabarkan pening kepala kerana kelab juga dikenakan sekatan perpindahan, yang bermakna Rooney terpaksa bermain dengan skuad yang sedia ada sejak musim panas lalu.

Derby berada di kedudukan ke-12 dengan 10 mata selepas 8 perlawanan sebelum dikenakan denda penolakan 12 mata namun selepas ditolak 12 mata, mereka terperosok dengan negatif 2 mata, dengan enam mata ditinggalkan oleh pencabar setempat East Midlands, Nottingham Forest.

“Saya menghargai yang kini adalah masa yang mencabar dan sukar kepada semua yang terlibat dengan kelab tersebut, lebih lebih lagi staf dan kelab, dan niat kami hanyalah untuk bekerjasama dengan pentadbir kelab yang baharu dan semua pihak berkenaan dengan objektif menyelamatkan kelab dan memberi masa depan yang lebih baik kepada Derby,” ujar ketua eksekutif EFL, Trevor Birch dalam kenyataannya.

Derby juga kini masih berdepan dengan denda penolakan mata kerana melanggar peraturan kewangan oleh EFL. Namun begitu, mereka telah didenda 100,000 pound pada Julai oleh badan disiplin bebas kerana terdapat sedikit penyelewengan dalam akaun kelab mereka.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

West Ham Singkir Man United, Sancho Terus Kemarau Gol Dan Assist

‘Impian Saya Sebelum Mati Mahu Ronaldo Kembali Ke Sporting’

Cadangan Piala Dunia 2 Tahun Sekali, Ancelotti: “Alang Alang, Buat Setahun Sekali Terus”