Malam ini peminat bola sepak tempatan akan disajikan dengan pertembungan menarik derbi utara yang melibatkan pasukan Kedah menentang Perak di Stadium Darul Aman. Ia juga merupakan pertemuan istimewa kerana kedua-dua pasukan ini merupakan finalist perlawanan akhir Piala FA 2019.

Skuad helang merah kini berada di tangga keempat Liga Super dengan 31 mata dan mereka berpeluang menamatkan saingan sebagai naib juara jika berjaya mengutip 3 mata penuh dalam baki dua perlawanan.

Bagaimanapun, Perak sudah terkeluar daripada persaingan merebut kedudukan kedua tetapi mereka masih boleh mengintai tempat ketiga jika menamatkan cabaran dengan maksimum 36 mata.

67079300_2610820822283712_7440713059984736256_n
FOTO: Kedah FA

Kedua-dua pasukan dijangka tidak akan mempamerkan kemampuan sebenar sebaliknya menyimpan kuku sebagai persiapan menghadapi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai ini. 

Namun begitu, penolong jurulatih Kedah, Victor Andrad mahu anak buahnya memburu kemenangan malam ini untuk kembalikan semula keyakinan penyokong selepas seri 2-2 dengan Terengganu FC minggu lepas.

“Kami akan beraksi dilaman sendiri dan tak boleh lagi tercicir mata memandangkan saingan pasukan atas Liga Super hampir ke penghujungnya. Saya berharap semua pemain bangkit selepas seri bertemu Terengganu Selasa lalu.

“Jadi pemain harus mengambil kesempatan beraksi dilaman sendiri kali ini,” katanya dalam Arena Metro.

Victor juga sudah berbincang strategi yang akan digunakan pada perlawanan malam ini dengan ketua jurulatih, Aidil Sharin Shahak yang sedang mengikuti Kursus Kejurulatihan Diploma AFC Pro modul kedua sehingga 19 Julai ini.

#VocketFCxIflix

Hasil kerjasama Vocket FC dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa sebarang pendaftaran. Anda hanya perlu klik Vocket FC LIVE untuk menonton perlawanan ini.

Kedah vs Perak-01

Sumber