Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perlawanan Liga Super melibatkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Penang FC yang sepatutnya berlangsung hari ini (24 Julai 2021) di Stadium Darul Aman terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu.

Keputusan itu dibuat selepas dua pemain KDA FC didapati positif COVID-19. MFL bersetuju untuk menunda perlawanan berkenaan selepas mendapat nasihat daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah susulan kes berkenaan dikesan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Khamal Idris Haji Ali dalam satu kenyataan rasmi berkata pihaknya memohon maaf kepada pasukan lawan di atas kesulitan yang berlaku.

“KDA FC sebagai tuan rumah perlawanan ini, memohon maaf di atas segala kesulitan berlaku terutamanya kepada pasukan Penang FC yang difahamkan telah tiba awal di Alor Setar pada Jumaat petang.

“Penundaan perlawanan berkenaan dibuat selepas dua pemain KDA FC telah didapati positif COVID-19. KDA FC telah mematuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh MFL dalam persiapan Liga Super sepanjang menjalani latihan kem berpusat (camp based training) sejak 2 bulan lepas dan malangnya ujian calitan PCR terakhir selepas cuti Hari Raya Aidil Adha melibatkan dua pemain didapati positif.

“Pasukan Liga Super KDA FC telah menjalani latihan kem berpusat sejak 2 bulan lepas secara latihan kem berpusat menurut gelembung sukan bagi persiapan kejohanan Piala AFC dan ini adalah kali pertama kes melibatkan pemain KDA FC positif COVID-19 berlaku,” katanya.

194418673_238707474757277_2058961772953936430_n

Berdasarkan khabar angin di media sosial, dua pemain yang terlibat ialah seorang pemain import dan seorang lagi pemain tempatan. Khamal turut mengesahkan pemain lain mendapat keputusan negatif dalam ujian calitan yang diadakan.

“Proses ujian calitan ini adalah proses wajib kepada semua pemain KDA FC menurut SOP dikeluarkan MFL setiap kali pemain-pemain dan pegawai pasukan melaporkan diri dalam kem latihan berpusat menurut gelembung sukan.

“Walau bagaimanapun, ia tidak melibatkan pergaulan individu yang dikesan positif bersama rakan sepasukan yang lain (keputusan ujian calitan negatif), sebagai langkah pencegahan, keputusan MFL dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ini adalah tepat bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 dan melaksanakan kuarantin untuk memastikan pemain dan pegawai sentiasa terlindung,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

JDT Adalah Penanda Aras Bola Sepak Asia Tenggara

TRW Kelantan FC Sudah Mulakan ‘Legal Action’ Tuntut Kerugian Dalam Beberapa ‘Live Streaming’ Sebelum Ini

Michael Ijezie Jadi Harapan Baharu Kuching City

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group