Pemain tengah Vietnam yang tidak kurang hebat prestasinya ketika ini, Nguyen Tuan Anh dilaporkan telah menerima tawaran untuk menyertai sesi latihan percubaan bersama kelab LaLiga, Deportivo Alaves.

Menurut laporan dari media Vietnam, Nguyen Tuan Anh dikatakan akan menjalani sesi latihan percubaan itu selama 2 minggu dan akan berlepas ke Sepanyol sekitar bulan Januari atau Febuari 2020.

Musim sebelum ini Nguyen Tuan Anh banyak menghabiskan masa untuk cuba mengembalikan sentuhannya selepas mengalami kecederaan serius. Prestasi yang terpuji dalam musim 2019 bersama HAGL telah berjaya membolehkan beliau kembali memperoleh kepercayaan Park Hang-seo dalam skuad kebangsaan.

d7505-539-195187-2
Nguyen Tuan Anh ketika beraksi untuk pasukan Yokohama FC.

Berdasarkan maklumat lain yang diterima, Deportivo Alaves pernah membuat tawaran yang sama kepada Nguyen Quang Hai awal tahun ini, namun disebabkan oleh beberapa isu berkaitan dengan jadual pemain itu, beliau tidak menyertai sesi latihan percubaan di Sepanyol.

Untuk makluman, Nguyen Tuan Anh pernah dipinjamkan ke sebuah kelab J2 League, Yokohama FC selama 1 musim bersama-sama Nguyen Cong Phuong (Mito Hollyhock) pada tahun 2016, namun gagal mendapatkan kontrak kekal bersama kelab Jepun itu.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

SC Heerenveen Tidak Benarkan Doan Van Hau Beraksi Untuk Vietnam Dalam AFC U23 Championship 2020

Park Hang-seo Kekal ‘Unbeaten’ Di Asia Tenggara, Tamatkan Badi 60 Tahun Pingat Emas Sukan SEA Untuk Vietnam

48 Kelab J.League Lulus Perlesenan Kelab AFC Untuk Tahun 2020, Liga Paling Banyak Terima Lesen AFC Di Asia