Penyerang Inter Romelu Lukaku telah nekad untuk tidak sesekali memaafkan Andres Villas-Boas kerana layanan pengurus itu kepadanya ketika di Chelsea.

Beliau menegaskan bahawa, Villas Boas melayannya dengan teruk. Malah meletakkan beliau bermain di posisi sayap dan bukannya nombor sembilan.

“Saya dimainkan di sisi kiri dan kemudian di sisi kanan. Itu tak membantu pembangunan saya langsung.”

“Villas Boas telah merampas banyak perkara dalam hidup saya dan saya tak akan maafkannya.”

“Villas Boas ketika itu di bawah tekanan namun dia tak melayan saya seperti mana pendekatan Di Matteo – sangat berbeza.”

Lukaku kemudian menegaskan, Roberto Di Matteo jelas sekali berbeza dengan Villas Boas. Di mana bekas pemain Chelsea itu menyatupadukan pasukan walaupun di dalam tekanan.

“Di Matteo memberitahu saya bahawa saya harus terus kekal di dalam pasukan. Beliau mahukan setiap orang dalam pasukan sentiasa bersatu dan bersama sama. Ini termasuk beberapa pemain yang tidak tersenarai dalam skuad UCL.”

lukaku-attacca-villas-boas

Lukaku menyatakan, beliau tumpang gembira dengan kejuaraan UCL oleh Chelsea namun tidak meraikannya.

“Kemenangan tersebut adalah perkara yang paling saya impikan. Kamu nak meraikan sesuatu seperti itu dengan pasukan kamu pada masa itu.”

“Malang sekali, saya tak sentuh langsung trofi itu dengan jari saya kerana saya tak memenanginya.”

“Sejak berusia 11 tahun saya tidak akan menganggap ia trofi saya jika saya tak menyumbang apa apa langsung.”

“Jika kamu ada sumbangan maka kamu boleh menunjukkan kepada orang lain trofi kamu.”

Selepas musim kejuaraan UCL itu, Lukaku telah dipinjamkan ke West Brom dan kemudian ke Everton. Beliau kemudiannya meninggalkan pasukan Chelsea untuk menyertai Everton secara tetap.

Beberapa musim selepas beliau meninggalkan Chelsea, Antonio Conte mahu membawa balik pemain itu ke Chelsea. Namun Lukaku memilih untuk menyertai Man United.

Lukaku dan Conte akhirnya bergabung di Inter Milan.

Baca juga perkembangan lain

Villas Boas Tak Ingin Sertai Newcastle, Setia Bersama Marseille Yang Dalam Krisis Kewangan

Juventus Sekali Lagi Cuba Gagalkan Usaha United Dengan Pendekatan Sama

Mariappa Terkejut Positif COVID-19: “Duduk Rumah Pun Boleh Kena?”