Penjaga gol kacukan Vietnam yang kini bermain dengan kelab Slovan Liberac dalam saingan liga divisyen 1 Republik Czech, Filip Nguyen kini telah sah menggunakan khidmat agensi terkenal untuk mencapai misi beraksi dalam saingan EPL.

Filip Nguyen sendiri telah mengemaskini berkenaan pemiihan agensi baru itu melalui laman Facebook rasmi beliau, dan menyatakan bahawa pengalaman dan kepakaran yang ada pada Global Sports mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Agensi tersebut sebelum ini pernah membawa Petr Cech menyertai Chelsea dan kini turut menguruskan pemain tersohor Liverpool, Mohamed Salah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Libor Pav atas kerjasama ini. Kami akan melakukan perkara yang baik bersama-sama.

“Saya mahu mendaki lebih tinggi, jadi saya menamatkan kontrak dengan agensi lama saya dan meneruskan perjalanan dengan Global Sports. Pavel Zika (Presiden Global Sports) merupakan orang yang berpengalaman dan pernah membawa Petr Cech (Chelsea) dan Martin Dubravka (Newcastle United) ke Liga Perdana Inggeris.”

Bayar Khidmat Syarikat Pengurusan Sosial Media

Filip Nguyen kini sedang menguruskan beberapa perkara berkait dengan dokumentasi untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Vietnam dan turut belajar bahasa Vietnam sebagai persiapan awal.

Selain itu, beliau juga turut mengambil khidmat syarikat pengurusan sosial media untuk mendekatkan hubungan beliau dengan penyokong di Vietnam.

Syarikat itu akan menggunakan Facebook Page peribadi Filip Nguyen untuk mengemaskini maklumat dan juga data prestasi penjaga gol yang dilahirkan pada 1992 itu dengan sasaran mendekatkan lagi serta beramah mesra dengan penyokong bola sepak Vietnam.

“Menyarung jersi Vietnam adalah sesuatu yang saya tidak pernah tolak. Kini saya menantikan satu keajaiban dalam masa terdekat. Harap penyokong Vietnam sabar menunggu saya.”

Musim 2019/2020 Filip Nguyen telah turun beraksi sebanyak 22 kali, dan beliau masih mempunyai baki kontrak bersama Slovan Liberac sehingga 30 Jun 2022.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala, Peningkatan Dalam Setiap Pertemuan ‘Kacau’ Vietnam

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi

Kelab Jepun Ini Catatkan Kerugian RM81.67 Juta Pada Musim 2019, Bakal ‘Bungkus’ Buat Kali Ke-2 Dalam Sejarah

Sumber