Takumi Minamino rasminya meninggalkan Liverpool untuk menyertai AS Monaco. Pemain tersebut terpaksa meninggalkan The Reds selepas dia tidak mendapat jaminan bahawa dia akan mendapat minit perlawanan yang banyak di Anfield.

Sehari sebelum itu, Liverpool mengesahkan bahawa Sadio Mane telah rasminya menyertai Bayern Munich.

Minamino sudah menyatakan bahawa dia mahu berada dalam kondisi terbaik untuk mewakili negaranya dalam Piala Dunia 2022 yang akan datang.

Di mana Minamino merupakan pemain penting untuk negaranya.

Minamino ditandatangani dari RB Salzburg dengan nilai £7.25 juta klausa pelepasan yang dikaktifkan. Dan dia dikatakan sedia meninggalkan Liverpool dengan nilai £15.5 juta.

Sejak menyertai Liverpool dia menjadi pemain yang membantu kelab memenangi kesemua kejuaraan domestik. Paling diingati pastinya gol gol penting beliau dalam pertandingan piala musim 2021/22 yang membolehkan The Reds menjuarai Piala Carabao dan Piala FA.

Jurgen Klopp sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia mahukan pemain itu terus kekal. Namun terpaksa menghormati pilihan pemain tersebut yang mahu mencari minit perlawanan.

Dalam skuad yang ada, Klopp tidak dapat memberikan jaminan bahawa pemain itu akan mendapat minit yang banyak.

Namun itu bukan bermakna Liverpool akan menjual murah pemain itu daripada harga yang mereka bayar sebelum ini. Liverpool menetapkan bahawa kelab mahukan €20 juta atau sekitar €17.25 juta.

Minamino menarik minat beberapa kelab lain termasuk Leeds dan Southampton. Tetapi pemain itu dikatakan memutuskan untuk menyertai AS Monaco.