Delegasi dari Pahang hari ini telah berada di Johor Bharu melawat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk meninjau kemudahan latihan dan mempelajari cara pengurusan bola sepak daripada pemilik kelab iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Mereka diketuai oleh Pemangku Raja Pahang, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Presiden Pahang Rangers, YAM Tengku Fahd Mua’adzam ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Tengku Arif Temenggong Pahang.

Pahang Rangers FC merupakan sebuah pasukan futsal yang berada dibawah naugan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) beraksi dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia.

Selain dibawa melawat Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam dan Ibu Pejabat JDT, mereka turut melawat gelanggang JDT, Stadium Sultan Ibrahim yang telah dibuka secara rasmi sejak bulan Februari lepas.

Tentunya ini berita baik untuk para penyokong skuad tok gajah yang mengharapkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dapat memperbaiki fasiliti latihan pasukan dengan mempelajari sesuatu daripada JDT selaras dengan penswastaan kelab.

Walaupun kunjungan tersebut tidak ada kena mengena dengan urusan rasmi PBNP, namun sekurang-kurangnya ilmu yang dibawa pulang oleh delegasi Pahang Rangers mungkin akan disumbangkan kepada Presiden PBNP, YAM Tengku Abdul Rahman untuk memajukan pasukan Sri Pahang FC musim depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan di bawah. 

RASMI: MFL Umum TM Piala Malaysia 2020 Dibatalkan, Terengganu Sah Raih Slot AFC Cup 2021

Ismail Sabri Jelaskan Sebab Kenapa Hiburan Dibenarkan Tetapi Piala Malaysia Tak Boleh

RASMI: MFL Umum TM Piala Malaysia 2020 Dibatalkan, Terengganu Sah Raih Slot AFC Cup 2021