Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City dikhabarkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain kacukan Malaysia-Australia, Declan Lambert bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana kembar kepada Ryan Lambert itu beraksi di posisi pertahanan dan beraksi bersama kelab divisyen dua Liga Belanda, FC Den Bosch.

Declan dilahirkan di Kuala Lumpur dan kemudiannya beliau berpindah ke Thailand dan Australia dimana pemain berusia 23 tahun itu memulakan karier bola sepak profesional bersama kelab tempatan iaitu Richmond Soccer Club.

Pada 2018, Ryan dan Declan menjalani sesi ujian bersama beberapa kelab di Belanda seperti Sparta Rotterdam dan FC Dordrecht. Kedua-dua pemain kemudiannya menandatangani kontrak bersama Achilles ’29 namun tidak kekal lama setelah kelab tersebut tersingkir ke divisyen keempat.

Kembar ini kemudiannya menyertai Den Bosch yang beraksi di divisyen kedua namun mereka jarang mendapat peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama pada musim pertama mereka. Pada musim berikutnya, Ryan dan Declan mendapat peluang dan terus menjadi pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama.

Declan Lambert
Declan Lambert and Ryan Lambert

Ketika Ryan menyertai Kuala Lumpur pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim lalu selepas tidak mendapat kontrak lanjutan, situasi berbeza bagi Declan dimana beliau kekal bersama Den Bosch.

Menurut tinjauan kami, Declan Lambert mampu beraksi di semua posisi di bahagian pertahanan namun posisi utama beliau ialah pertahanan kanan.

Sekiranya beliau menyertai Kuala Lumpur City, maka Declan akan memberikan cabaran kepada Kamal Azizi yang menjadi pilihan ketua jurulatih, Bojan Hodak dalam kesebelasan utama musim lalu selain Nik Shahrul Azim dan Anwar Ibrahim.

Setelah memenangi Piala Malaysia, KL City layak untuk beraksi dalam saingan Piala AFC musim ini dan mereka diundi dalam kumpulan H bersama kelab Singapura, Tampines Rovers, kelab Indonesia, PSM Makassar dan satu lagi kelab yang akan melalui peringkat playoff.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Pernah Bergaduh Dengan Pemain Malaysia, Justin Baas Kini Import Baharu Melaka United

Lim Teong Kim Tiada Dendam, Hanya Tidak Setuju Cara FAM Kendalikan Bola Sepak Di Malaysia

Tiada Lagi Zainal Abidin, Melaka United Umum Risto Vidaković Sebagai Ketua Jurulatih Baharu