Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan 23 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon untuk membawa cabaran skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Lebih mengejutkan, pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi turut digugurkan bersama penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, Kogileswaran Raj, Shahrul Nizam Ros Hasni, Norshahrul Idlan Talaha serta Syahmi Safari.

Syahmi terdahulu telah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana masalah kesihatan.

Turut terpilih dalam senarai akhir 23 pemain itu ialah seorang lagi penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula. Pemain ini menjaringkan satu gol ketika aksi persahabatan menentang Brunei dan difahamkan telah berjaya memikat Kim Pan-gon dalam aksi persahabatan tertutup menentang Negeri Sembilan semalam.

Seramai 30 pemain telah menyertai kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu. Pemain yang tidak terpilih ini tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya terdapat penggantian pemain perlu dilakukan.

Harimau Malaya dijadualkan bertemu Turkmenistan (8 Jun 2022), Bahrain (11 Jun 2022) dan Bangladesh (14 Jun 2022), kesemuanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Hanya juara kumpulan dan naib juara terbaik akan layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

De Paula Jadikan Kritikan Peminat Sebagai Pembakar Semangat

Masalah Sinus Semakin Teruk, Syahmi Safari Terlepas Aksi Kelayakan Piala Asia 2023

Mukhairi Ajmal: Lupakan Kekalahan, Fokus Aksi Berdepan Thailand