Bekas pemain antarabangsa Perancis, David Trezeguet menjadi pemain bola sepak berprofil tinggi terkini menyertai barisan bintang dalam perlawanan ‘JDT All-Stars Friendly’ di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin pada 30 Jun 2019.

Pemenang Piala Dunia 1998 dan Euro 2000, akan menyertai para bekas pemain handalan seperti Rivaldo, Robert Pires, Claudio Caniggia, Bebeto, Claude Makelele, Edgar Davids dan ramai lagi pada hari Ahad ini. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor juga turut beraksi dalam perlawanan tersebut.

Trezeguet telah memiliki karier yang hebat bersama Juventus selama satu dekad, dan menjaringkan begitu banyak gol.  Beliau juga telah di undi sebagai ‘Greatest XI’ Juventus pada tahun 2017.

Trezeguet menggantikan pemain Brazil, Ronaldo, yang tidak dapat sertai perlawanan ini kerana mempunyai komitmen yang lain. Luaskan Kuasamu Johor.