Tonggak utama Bournemouth, David Brooks terpaksa melupakan bola sepak buat sementara apabila pemain tengah itu disahkan menghidap penyakit barah limfoma tahap dua.

Menurut sumber Berita Harian, penyakit yang turut dikenali sebagai kanser darah itu difahamkan bermula dari sel sistem imun dipanggil ‘lymphocytes’. Keadaan ini berlaku apabila ‘lymphocytes’ berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.

Berita mengejutkan itu disahkan sendiri oleh Brooks menerusi laman Twitter peribadinya yang mendedahkan tentang penyakit yang dikesan selepas beliau meninggalkan latihan kem skuad kebangsaan Wales.

“Ini merupakan satu mesej yang sangat sukar untuk saya tulis. Saya telah didiagnosis menghidap Limfoma Hodgskin tahap dua dan akan memulakan rawatan pada minggu hadapan.”

“Walaupun perkara ini mengejutkan diri saya sendiri dan juga keluarga, pendapat mengenai kemungkinan keadaan perubatan adalah positif dan saya yakin bahawa saya akan pulih sepenuhnya dan bakal kembali beraksi secepat mungkin.”

“Saya ingin merakamkan penghargaan buat para doktor, jururawat, konsultan dan kakitangan yang telah merawat saya kerana profesional dan mesra.”

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Persatuan Bola Sepak Wales kerana tanpa perhatian segera daripada pasukan perubatan, kami mungkin tidak dapat mengesan penyakit ini,” tambah David Brooks lagi.

Meskipun Bournemouth kini berada dalam saingan EFL Championship, pemain berusia 24 tahun itu pernah menjadi tumpuan peminat Liga Perdana Inggeris apabila beraksi cemerlang bersama The Cherries pada musim 2018/19.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Van Gaal: Memang Lumrah Di Barcelona, Orang Asing Dipersalahkan

Legenda Perancis Saran Mbappe Kekal Di PSG Sebab Real Madrid Tak Ada Peluang Memenangi UCL

Jumlah Tontonan Saingan Liga Super 2021 Cecah 77 Juta