Legenda Manchester United, David Beckham jelas mengalu-alukan perubahan yang bakal dilalui kelab tersebut bagi menghadapi musim baharu setelah menikmati perjalanan amat mengecewakan pada kempen 2021/22.

Setelah mengharungi 37 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United hanya menduduki tangga keenam dengan 58 mata yang menyaksikan secara rasminya The Red Devils gagal untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan.

Keadaan itu membuatkan pengurusan tertinggi Manchester United memilih untuk membawa masuk pengendali baharu dari Belanda, Erik ten Hag untuk mengubah nasib juara 20 kali EPL itu.

Meskipun sedar banyak perubahan bakal dilakukan ten Hag, Beckham berharap agar penjaring terbanyak Manchester United musim ini, Cristiano Ronaldo dapat terus dikekalkan dalam pasukan.

Beckham menganggap masih banyak yang boleh disumbangkan oleh pemenang lima kali Ballon d’Or itu buat Manchester United berbekalkan kemampuannya.

“Saya merasakan terdapat perubahan yang dilakukan dan sudah ada perubahan yang sedang berlaku, kami sudah dapat melihatnya,” ujar Beckham menurut laporan Sky Sports.

“Ia merupakan penghujung musim yang sangat sukar. Saya pasti ramai peminat berterima kasih kerana ia merupakan satu keadaan yang sukar, penuh dengan turun naik.”

“Jelas sekali Cristiano adalah salah seorang pemain terbaik selama 15 tahun terakhir bersama Leo [Messi]. Untuk melihatnya kekal di United adalah penting bagi para penyokong dan dirinya juga. Kami tahu betapa berertinya Manchester United bagi dirinya.”

“Dia masih melakukan dengan sangat baik. Menjaringkan gol serta mencipta peluang jaringan dan itulah yang dilakukan oleh Cristiano.”

“Malah untuk melakukan apa sahaja yang dia lakukan pada usianya adalah sangat luar biasa, jadi diharapkan ianya dapat dikekalkan satu atau dua tahun lagi,” tambah David Beckham lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak di seluruh dunia:

Mark Clattenburg Cadangkan Perlawanan Berlangsung 60 Minit Dengan ‘Stop-Clock’

Sukan SEA 2021: Madam Pang Bakal Berikan Bonus Jika Thailand Menang Pingat Emas

Serie A: Bangkit Tewaskan Verona, Milan Hanya 4 Mata Daripada Kejuaraan Serie A

Sumber