David Alaba menjadia subjek kecaman peminat Real Madrid kerana mengundi Lionel Messi berbanding Karim Benzema.

Telah trending #AlabaOut sebaik sahaja peminat Real Madrid mendapat tahu bahawa Alaba mengundi Lionel Messi sebagai pemenang FIFA Best untuk kategori pemain terbaik dunia lelaki.

Lionel Messi dinobatkan sebagai pemenang pemain terbaik lelaki FIFA Best 2022, menewaskan Karim Benzema dan juga rakan sepasukan di PSG, Kylian Mbappe.

Messi berjaya membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2022. Itu yang menjadikan Messi menjadi calon pilihan mengatasi Benzema selepas pemain antarabangsa Perancis itu memenangi Ballon d’Or 2022.

Mungkin kerana itu David Alaba mengundi Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia. Kerana dia merasakan pemain itu selayaknya.

Alaba meletakkan Benzema pilihan kedua berbanding Messi. Benzema merupakan pemenang Ballon d’Or 2022.

Bagi peminat Real Madrid, tindakan David Alaba itu tidak boleh diterima. Dia telah mengundi legenda Barcelona berbanding legenda hidup Real Madrid, Karim Benzema, yang juga merupakan rakan sepasukannya.

Akaun media sosial pemain itu diserang teruk oleh peminat Real Madrid yang meminta pemain itu mengemas beg dia segera dan berambus daripada kelab itu.

Ada juga yang meminta Alaba segera membuat penjelasan di atas tindakannya dan meminta maaf kepada seluruh peminat Real Madrid.

Sedar bahawa media sosialnya mulai dibanjiri komen kecaman dan kutukan, akhirnya David Alaba membuat penjelasan tentang perkara itu.

Alaba menjelaskan undiannya tidak mewakili suaranya secara peribadi. Namun ianya mandat daripada pasukan kebangsaan Austria.

Alaba menulis di Twitter: “Merujuk kepada Anugera hFIFA Best: Pasukan kebangsaan Austria mengundi sebagai satu pasukan, bukannya undian saya seorang.”

“Semua orang dalam jawatankuasa pasukan boleh mengundi, dan begitulah caranya ia ditentukan.”

“Semua orang tahu, termasuk Karim, betapa saya mengagumi beliau dan prestasinya. Dan saya seringkali berkata, bagi saya, dia adalah penyerang terbaik di dunia, dan ianya masih begitu. Tiada keraguan.”

Berdasarkan tinjauan kami, masih ramai peminat Real Madrid tidak dapat menerima penjelasan tersebut.