Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman (Dr Vida) mengakui beliau telah dirisik oleh wakil Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) untuk menjadi pemilik baharu kelab bola sepak Perak (Perak FC).

Menurut kenyataannya dalam Utusan Malaysia, Vida bagaimanapun belum buat sebarang keputusan kerana mahu meneliti terlebih dahulu syarat dan rundingan yang akan diadakan sebelum mengambil alih kelab tersebut.

“Memang ada yang sudah risik (jadi pemilik baharu) dan saya pun memang minat. Apa-apa pun kena lihat dulu deal bagaimana.

“Saya perlu kaji pro dan kontra jika beli pasukan itu. Jika kena gaya, saya pasti setuju,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pengurusan Perak FC kini sedang mencari pelabur baharu untuk menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda pasukan itu.

“Memang tiada win-win ­situation. Bola sepak kita bukan seperti di luar negara yang boleh jana pendapatan.

“Banyak perkara perlu saya fikir dan teliti sebab masalah utama kelab bola sepak di negara ini adalah membabitkan gaji pemain dan pengurusan,” katanya.

Pada musim 2015/2016, Datuk Seri Vida menerusi produknya Pamoga Qu Puteh pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan lebih daripada RM16 juta untuk dua musim.

Kesanggupan usahawan kecantikan itu menaja Kelantan menyebabkan Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden KAFA ketika itu juga bersetuju melantik beliau sebagai Penasihat Kehormat Kelantan.

Selain itu, Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dicat dengan warna kegemaran Dr. Vida iaitu merah jambu serta penjenamaan semula pasukan Kelantan sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

RASMI: Sri Pahang Umum Lee Tuck Dipinjamkan Ke Terengganu, Akan Kembali Semula Musim Hadapan

CEO Melaka United Letak Jawatan, Zainal Abidin Kekal Sebagai Jurulatih

Sarawak United Sanggup Lepaskan Sandro Da Silva Secara Percuma

Lee Tuck Bakal Sertai Terengganu Secara Pinjaman

Isu Tunggakan Gaji Tinggi Tak Gambarkan Liga Malaysia Teruk