Datuk Santokh Singh berpendapat, Malaysia seharusnya menghantar pasukan B-23 dalam kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022  yang akan datang.

Ini kerana ianya adalah peluang untuk memberikan pemain pemain muda Malaysia menimba pengalaman di pentas antarabangsa.

Datuk Santokh Singh menjawab soalan daripada wakil Vocket FC tentang pandangan beliau tentang pemilihan pasukan Kim Pan-Gon dalam Piala AFF Mitsubishi Electric yang akan datang.

Di mana jurulatih asal Korea Selatan itu dijangka akan menggandingkan skuad senior dan skuad Malaysia B-23 dalam pasukan Piala AFF kelak.

Namun menurut Datuk Santokh Singh, beliau lebih suka kalau Kim Pan-Gon menurunkan skuad B-23 beliau.

Kim Pan-gon
Sumber Gambar: PFA Malaysia

Datuk Santokh semasa ditemu bual ketika acara PUMA House Of Football di IoI Putrajaya, berkata: “Jika kamu mahu mereka belajar tentang bola sepak, maka pilih pasukan bawah 22 [pasukan B-23].”

“Kalah tiada masalah, kerana sekurang kurangnya pemain pemain ini mendapat pengalaman.”

Beliau juga mendedahkan bahawa pada era beliau dahulu, pasukan muda juga diberikan peluang untuk beraksi dalam kejohanan yang dianggap besar.

Misalnya, Malaysia menghantar pasukan Malaysia B untuk bertanding dalam Pesta Bola Merdeka, yang rata rata dibarisi pemain pemain lebih muda.

Hasilnya, pasukan B tersebut menjadi asas kepada kejayaan pasukan Malaysia mara ke Sukan Olimpik 1980.

Bercakap dalam sesi yang sama, Datuk Santokh Sing berkata: “Pada era saya dulu, anda semua masih ingat pada tahun 1972, kita ada 2 pasukan yang mengambil bahagian dalam Pestabola Merdeka, iaitu Malaysia A dan Malaysia B.”

“Dua pasukan ini berentap di separuh akhir. Pada masa itu saya bermain untuk pasukan B. Dan pasukan A adalah pasukan yang berjaya mara ke [Sukan Olimpik] Munich.”

“Pasukan B kalah. Dan pasukan B itu kemudian layak ke Olimpik 1980.”

Selain itu Datuk Santokh Singh juga sempat mengimbas kembali betapa Pestabola Merdeka ketika itu menjadi kejohanan yang sangat berprestij di Asia.

Berbeza pada hari ini, di mana ramai generasi muda tidak tahu tentang Pestabola Merdeka.

Antara sebabnya adalah, polisi Malaysia yang menghantar pasukan kedua untuk bertanding dalam pertandingan seperti Pesta Bola Merdeka juga telah membuatkan pertandingan itu mulai hilang prestij.

“Sekarang, sebut Pesta Bola Merdeka, ramai tak tahu. Sebab kita mulai menghantar pasukan kedu. Apabila kamu menghantar pasukan kedua,  maka negara lain pun ikut sama menghantar pasukan kedua mereka.”

“Dan itulah menjadi kejatuhan kepada bola sepak.”