Majlis Menandatangani Kontrak diantara Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (NFABD) dan Datuk Rajagobal telah diadakan semalam untuk memperkenalkan bekas pengendali PKNS FC itu sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Brunei.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden NFABD, Pengiran Haji Matusin Pangiran Matasan dan Setiausaha Agung, Mohammad Shahnon Haji Mohd Salleh. Tetamu kehormat yang menjadi saksi majlis itu ialah Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yusoff Pengiran Haji Bahar.

Rajagobal telah pun memulakan sesi latihan pertamanya sejak minggu lepas dan beliau mempunyai misi untuk membawa Brunei layak ke saingan AFF Suzuki Cup 2021 secara merit.

Ini juga adalah kemunculan semula Rajagobal di pentas antarabangsa dalam tempoh tujuh tahun selepas membimbing skuad Harimau Malaya bermula 2009 sehingga 2013.

Datuk K.Rajagobal
Datuk K.Rajagobal

Berdasarkan tinjauan di media sosial, peminat bola sepak Brunei sangat teruja dengan kehadiran Rajagobal dan mereka berharap jurulatih yang berusia 64 tahun itu dapat mengubah prestasi pasukan kebangsaan mereka.

Pasukan Brunei kini menduduki ranking ke-191 dunia dan sudah lama tidak memenangi apa-apa kejuaraan di peringkat antarabangsa. Pencapaian terbaik Brunei ialah meraih kedudukan ke 4 dalam Piala Solidariti AFC pada tahun 2016.

Rajagobal adalah individu bertanggungjawab membawa Malaysia muncul juara Kejuaraan AFF buat julung kali pada 2010 selain turut membimbing Skuad Bawah 23 Tahun negara mengakhiri kemarau 20 tahun meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.

AFF Suzuki Cup 2021 dijadualkan berlangsung pada bulan Disember 2021 dengan perlawanan play-off akan diadakan sebelum majlis undian rasmi peringkat kumpulan kejohanan dwitahunan itu.

Baca artikel lain mengenai saingan AFF Suzuki Cup yang penah disiarkan dalam Vocket FC melalui pautan dibawah. 

Tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup Diubah Lagi, Akan Berlangsung Pada Bulan Disember 2021

TERKINI: Jawatankuasa Kecemasan AFF Cadangkan Kejohanan AFF Suzuki Cup Ditunda Ke Tahun 2021

TERKINI: Tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 Terbongkar, Dilangsungkan Pada Bulan Ramadhan 2021?