Pengendali skuad B-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan senarai akhir 20 pemain yang akan dibawa bagi menggalas cabaran skuad kebangsaan dalam temasya Sukan SEA 2019 di Filipina yang akan bermula pada hujung bulan ini.

Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi badan induk itu hari ini.

Dalam senarai yang dikeluarkan, tiada nama pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzain Wan Kamal. Menurut FAM, pemain yang beraksi bersama Sporting Kansas City dalam saingan Major League Soccer (MLS) itu tidak dapat disenaraikan kerana masalah dokumentasi tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.

Selain Wan Kuzain, pemain tengah skuad B-19 tahun negara, Mukhairi Ajmal turut tidak tersenarai dimana OKS lebih gemar menggunakan pemain yang pernah beraksi ketika temasya edisi 2017 lalu.

Datuk Ong Kim Swee
FOTO: FAM

Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan A berdepan Myanmar pada Isnin, 25 November 2019 diikuti perlawanan menentang tuan rumah, Filipina pada Jumaat, 29 November 2019.

Selepas itu, baki dua lagi aksi peringkat kumpulan adalah bertemu Timor-Leste pada Isnin, 2 Disember 2019 dan Kemboja pada Rabu, 4 Disember 2019. Kesemua empat perlawanan ini di Stadium Memorial Rizal, Manila.

Baca artikel lain mengenai persiapan pasukan negara ke Sukan SEA 2019 di sini:

Sukan SEA 2019: Nasib Wan Kuzain Akan Diketahui Pada Hari Ini

Luqman Hakim Beri Respon Mengenai Tanggapan Jelmaan Supermokh