Pengendali skuad B-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mahu anak-anak buahnya untuk segera bangkit dan melupakan kekalahan kepada Filipina menjelang aksi menentang Timor Leste dalam perlawanan Kumpulan A pada esok.

Kim Swee tidak mahu pemainnya terlalu kecewa sehingga hilang fokus menjelang dua perlawanan wajib menang bagi mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Datuk Ong Kim Swee
Sumber Gambar: FAM

“Kami menghormati Timor Leste walaupun menyedari pingat emas amat penting. Kami tidak boleh mengambil mudah.

“Kami menghormati setiap lawan tetapi mahu mendapatkan keputusan yang kami mahukan,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Datuk Ong Kim Swee
Akhyar Rashid. Sumber Gambar: FAM

Pada masa yang sama, OKS turut memberi bayangan beliau akan merehatkan penyerang negara, Akhyar Rashid kerana pemain itu mengalami kecederaan ketika aksi menentang Filipina.

“Akhyar mengalami kecederaan buku lali dan kami akan melihat keadaannya sama ada boleh diturunkan ataupun tidak,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai pasukan B-22 tahun negara di sini:

Sukan SEA 2019: Ong Kim Swee Anggap Malaysia Masih Ada Peluang Ke Separuh Akhir

OKS Anggap Kekalahan Kepada Filipina Memalukan