Bekas pengendali pasukan kebangsaan, Datuk K.Rajagobal berpendapat kejayaan pasukan negara meraih pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010 sebagai pencapaian terbaik skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Menurut Rajagobal, beliau memilih dua kejayaan ini kerana ia menjadi titik tolak dalam mengembalikan kepercayaan peminat terhadap bola sepak tanah air dan juga pasukan negara ketika itu.

Datuk K.Rajagopal
Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010. Sumber Gambar: ejoeSolutions

“Satu soalan sukar. Saya meletakkan kejayaan Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010 sebagai pencapaian terbaik kerana ia menjadi titik tolak yang mana peminat mula kembali memprrcayai bola sepak kita,” kata Datuk K.Rajagobal menerusi laman media sosial Twitter miliknya.

Coach Raja merupakan watak utama dalam dua kejayaan di atas kerana beliau merupakan ketua jurulatih pasukan ketika itu.

Selain memenangi kejuaraan, satu lagi catatan membanggakan ialah Rajagobal menggunakan khidmat pemain muda yang dibantu oleh beberapa pemain senior.

Barisan pemain yang digunakan seperti Safiq Rahim, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha menjadi bintang bola sepak negara.

Baca artikel lain mengenai Datuk K.Rajagobal di sini:

Datuk K.Rajagopal Dedahkan Sebab Utama Jarang Panggil Badhri Radzi Sertai Pasukan Kebangsaan

Lima Pemain Import Terbaik Liga Malaysia Pilihan Datuk K.Rajagopal

Datuk K.Rajagopal Sifatkan Hubungannya Bersama Safiq Rahim Seperti Bapa Dan Anak