Bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagopal memberi sedikit penjelasan mengenai hubungan beliau dengan pemain tengah, Safiq Rahim ketika keduanya masih aktif bersama pasukan negara.

Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, K.Rajagopal menyatakan hubungannya bersama Safiq sudah seperti bapa dan anak dan pemain itu sentiasa memberikan yang terbaik ketika beraksi di bawah bimbingannya.

“Dengan penuh kejujuran dan tiada bias, Safiq telah memberikan persembahan terbaik ketika berada di bawah bimbingan saya.

“Hubungan saya dengan dia sudah seperti bapa dan anak. Sama seperti pemain lain daripada kumpulan istimewa yang pernah saya ada,” kata Datuk K.Rajagopal.

Datuk K.Rajagopal
Sumber Gambar: TheSportivo.com

Gandingan Safiq dan K.Rajagopal berjaya memberikan beberapa kejayaan di pentas antarabangsa. Pada 2009, skuad B-23 tahun negara berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA dengan menewaskan pasukan Vietnam di perlawanan akhir.

Setahun selepas itu, Malaysia meraih kejuaraan pertama saingan Piala AFF Suzuki dengan menewaskan pasukan Indonesia di pentas akhir.

Baca artikel lain mengenai Datuk K.Rajagopal di sini:

Lima Pemain Import Terbaik Liga Malaysia Pilihan Datuk K.Rajagopal

Nguyen Van Toan Dan Nguyen Trong Hoang Bakal Jadi Senjata Utama Vietnam