Menurut sebuah artikel yang diterbitkan oleh ASEAN Football Federation (AFF), bekas ketua jurulatih Malaysia Datuk K.Rajagobal kini berada dalam senarai pendek 3 calon akhir untuk mengemudi skuad kebangsaan Brunei Darussalam.

2 lagi calon yang berada dalam senarai tersebut adalah bekas ketua jurlatih Myanmar – Gerd Zeise, dan Micheal Weiss yang pernah mengendalikan skuad kebangsaan Filipina.

“Kami sudah melengkap penilaian teknikal semua calon dan 3 orang jurulatih ini telah menepati kriteris teknikal yang telah ditetapkan.”, kata Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Pengiran Matusin Pengiran Matasan.

“Selain dari kejohanan AFF Suzuki Cup yang akan berlangsung dalam tempoh beberapa bulan lagi, wujud juga pertimbangan berkaitan faktor kewangan yang telah diambil kira.”

“Tetapi satu perkara yang pasti, kami akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini dalam masa terdekat.”

Datuk K.Rajagobal adalah satu nama yang dikenali dirantau ini selepas berjaya membawa Malaysia muncul juara kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 dan pingat emas kejohanan Sukan SEA 2009.

Manakala Zeise pula mengemudi skuad B20 Myanmar ke kejohanan FIFA Piala Dunia B20 2015 dan pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu dari 2015 hingga 2018.

Weisse pula adalah bekas ketua jurulatih skuad Filipina B23 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Filipina dari 2011 hingga 2014.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Kontrak Tan Cheng Hoe Dilanjutkan 2 Tahun Lagi, Terus ‘Pegang’ Harimau Malaya Sehingga Hujung 2022

JDT Umumkan Kerjasama Dengan Subway, Sebuah Kedai Akan Dibuka Di Stadium Sultan Ibrahim Tahun 2021

‘Safety Issue’ Stadium Sultan Zainal Abidin Punca Terengganu Guna SSINS Untuk AFC Cup 2021?