Bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal menyifatkan pasukan Vietnam berada di tahap tersendiri sejak dibimbing oleh Park Hang-seo.

Menurut Rajagobal, skuad The Golden Dragons lebih berdisiplin dan perkara itu menjadi faktor utama di atas kecemerlangan yang ditampilkan Vietnam di pentas antarabangsa.

Datuk K.Rajagobal

Sumber Gambar: The Star

“Vietnam percaya dengan kepakaran dari luar negara untuk membangunkan bola sepak mereka. Di bawah bimbingan Hang-seo, mereka lebih berdisiplin sekaligus membantu mereka untuk melangkah ke tahap yang seterusnya.

“Saya lihat Malaysia juga mengikut jejak langkah Vietnam dari segi tahap disiplin, tetapi tidak sama dengan apa yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Hang-seo,” kata Datuk K.Rajagobal.

Datuk K.Rajagobal

Park Hang-seo menjadi arkitek utama di atas kejayaan pasukan Vietnam.

Vietnam telah menewaskan Malaysia sebanyak tiga kali sejak dibimbing oleh jurulatih dari Korea Selatan itu. Dua kekalahan dialami Malaysia ketika saingan Piala AFF Suzuki 2018 dan satu kekalahan ketika saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Dalam carta kumpulan G, juara Piala AFF Suzuki 2018 itu sedang menghuni tangga teratas dengan perolehan 11 mata manakala Malaysia menduduki tangga kedua dengan sembilan mata.

Baca artikel lain mengenai Datuk K.Rajagobal di sini:

Datuk K.Rajagopal Dedahkan Sebab Utama Jarang Panggil Badhri Radzi Sertai Pasukan Kebangsaan

Datuk K.Rajagopal Sifatkan Hubungannya Bersama Safiq Rahim Seperti Bapa Dan Anak

Lima Pemain Import Terbaik Liga Malaysia Pilihan Datuk K.Rajagopal

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group