Datuk K.Rajagobal memulakan tugas sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Brunei dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan pada aksi pertama beliau.

Brunei turun menentang Kasukan FC dalam satu perlawanan persahabatan dan pasukan itu berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 4-0 sekaligus memberikan kemenangan pertama bagi Rajagobal.

Masing-masing gol dijaringkan pada separuh masa kedua dimana empat pemain iaitu Hamizan Aziz, Mohd Najib, Razimie Ramli dan Maziri Maidin menyumbang jaringan.

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu dilantik sebagai pengendali Brunei pada Februari lalu dengan sasaran untuk layak ke saingan Piala AFF Suzuki serta meningkatkan mutu bola sepak di negara tersebut.

Pada 2010, Rajagobal membantu Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki dengan menewaskan Indonesia di pentas akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Datuk K.Rajagobal dan pasukan kebangsaan di sini:

Datuk Rajagobal Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Ketua Jurulatih Brunei

Kem Latihan Skuad Kebangsaan Dipendekkan, Tan Cheng Hoe Beri Ruang Kepada Pemain Dan Kelab Buat Persiapan

Tan Cheng Hoe Nilai Kemampuan Pemain Tengah Lain Untuk Menggantikan Brendan Gan