Pengendali dari Malaysia, Datuk K.Rajagobal meminta kerjasama dari semua pihak dalam negara bagi memajukan bola sepak Brunei Darussalam.

Rajagobal yang baru dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan negara tersebut menegaskan selain memberi kerjasama, semua pihak harus memberi sokongan kepada usaha yang dilakukan bagi melonjakkan mutu bola sepak Brunei.

Datuk K.Rajagobal
Datuk K.Rajagobal

“Saya sedar Presiden FA Brunei, Pengiran Matusin Pengiran Matasan mempunyai perancangan untuk masa hadapan. Mereka mempunyai pelan jangka masa panjang bagi membangun dan menaik taraf serta mengembalikan kepercayaan penyokong terhadap bola sepak.

“Ini akan menjadi cabaran dan saya datang ke sini untuk menyahut cabaran tersebut. Satu penghargaan untuk saya kerana diberikan tugas sebagai jurulatih.

“Saya berpendapat semua pihak memainkan peranan yang penting untuk membentuk bola sepak Brunei. Kami tau ranking semasa pasukan dan cuba untuk meningkat dari segala aspek agar ranking dapat diperbaiki,” kata Datuk K.Rajagobal.

Datuk K.Rajagobal
Datuk K.Rajagobal

Pengendali yang pernah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010 itu sudahpun memulakan tugas sebagai pengendali pasukan.

Rajagobal menyasarkan untuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi menilai kemampuan pemain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

RASMI: Kerteh FC Bekerjasama Dengan Ghazoo Sports Terokai Peluang Komersil Di Australia Dan New Zealand

Elemen Futsal Ke Bola Sepak Jadi Senjata Utama Natanael Siringo Ringo Di Kelantan FC

Jendela Perpindahan Pertama Liga Malaysia 2021 Ditutup Pada 19 Februari