Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas pemain skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir menegaskan ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak merupakan calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Cheng Hoe sebagai pengendali skuad Harimau Malaya yang baharu.

Bojan dilihat calon yang sesuai untuk menggantikan Cheng Hoe kerana beliau sudah lama berkecimpung dalam saingan Liga Malaysia sekaligus mempunyai pengalaman luas mengenai pasukan dan pemain.

Tetapi, meskipun layak, Datuk Nasir berpendapat Bojan ada satu masalah iaitu suka menyalahkan pihak lain sekiranya pasukan bimbingannya tewas dalam sesebuah perlawanan.

Datuk Jamal Nasir

Sumber Gambar: Berita Harian

“Tapi Bojan Hodak ni satu saja, beliau ni suka salahkan orang lain bila kalah. Benda macam ni tak bagus untuk FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) kerana ia akan merosakkan keharmonian.

“Sepatutnya sebagai seorang jurulatih, kita lakukan saja tugas kita dan ambil tanggungjawab apabila pasukan tewas,” katanya kepada Majoriti.

Datuk Jamal Nasir memberikan contoh dimana Hodak pernah mengkritik sistem bola sepak negara selepas skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara kendaliannya tewas di peringkat kumpulan Kejohanan Piala Sanix di Jepun pada 2019.

Menurut Jamal, kritikan terhadap sistem bola sepak negara itu menjadi faktor utama mengapa kontrak jurulatih yang berasal dari Croatia itu tidak disambung oleh FAM.

Pada masa yang sama, Datuk Jamal menyuarakan kebimbangan beliau sekiranya FAM melantik ketua jurulatih dari luar negara kerana jurulatih tersebut tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengenali pemain.

Bekas pengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berpendapat sasaran yang perlu diletakkan kepada ketua jurulatih baharu ialah layak ke Piala Asia 2023.

“Bagi saya sama ada jurulatih tempatan atau luar, yang penting semua pihak perlu beri kerjasama kepada sesiapa yang diberi mandat memikul tanggungjawab menggantikan Cheng Hoe.

“Pada hemat saya, ketika ini sesiapa sahaja jika diberi peluang mempunyai masa yang cukup untuk melengkapkan pasukan ke kelayakkan Piala Asia.

“Tetapi jurulatih baharu ini perlu diberikan KPI berjaya dalam kelayakkan Piala Asia dan bukan lagi demi pendedahan kerana jika tidak kita akan tetap berdepan masalah sama saban kali bedepan mana-mana kejohanan atau perlawanan,” katanya yang juga bekas Pengarah Teknikal FAM.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Tak Cukup Kompetitif, FIFA Cadang Saingan Liga Malaysia Dijalankan Secara Tiga Pusingan

Datuk Ong Kim Swee: KPI Jurulatih Baharu Layak Ke Piala Asia 2023

Tan Cheng Hoe: Kami Tahu Pasukan Tiada Kemampuan Untuk Mara Ke Pentas Akhir

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group