Menjelang perlawanan kedua peringkat kumpulan G kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yakin pasukan negara mampu mencipta kejutan sekaligus menewaskan pasukan dari timur tengah itu.

Perlawanan menentang UAE dianggap sebagai satu pentas untuk membalas dendam setelah pasukan negara tewas dengan keputusan 10-0 pada perlawanan kelayakan bagi temasya Piala Dunia 2018.

Datuk Hamidin melaungkan keyakinan bahawa pemain akan menampilkan persembahan terbaik sekaligus meraih kemenangan kedua selepas menewaskan Indonesia minggu lalu.

Pemain Malaysia
Pemain negara menjalani latihan di SNBJ. Sumber Gambar: FAM

“Kita akan beraksi menentang UAE di laman sendiri dan tiada sebab untuk berasa takut terhadap mereka. Setiap pemain perlu memberikan komitmen penuh dan mengikuti perancangan.

“Saya harap peminat akan memenuhi stadium bagi menaikkan semangat pemain. Saya meramal Malaysia akan mencipta kejutan. Saya percaya dengan kemampuan pasukan untuk mencipta kejutan,” kata Datuk Hamidin menurut laporan New Strait Time.

Pemain Malaysia
Sesi latihan rasmi skuad kebangsaan. FOTO: FAM

Pada masa yang sama, Datuk Hamidin menegaskan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) patut menggantung Gelora Bung Karno daripada menjadi tuan rumah kepada perlawanan antarabangsa.

FAM sudah mengumpulkan bukti serta butiran yang diperlukan bagi menghantar aduan kepada FIFA dan juga Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung kejadian yang berlaku pada Khamis lalu.

Anda boleh membaca artikel lain mengenai persiapan pasukan Malaysia dan UAE di sini:

Tan Cheng Hoe Minta Pandangan Ong Kim Swee Bagaimana Cara Untuk Tewaskan UAE

Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Bertemu UAE

Matthew Davies Mahu Malaysia Raih Keputusan Positif Berdepan UAE