Tugas berat sedang menanti pemain skuad Harimau Malaya malam ini apabila mereka dijadualkan bertemu Thailand pada perlawanan keempat Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu perlu manfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk mengutip 3 mata penuh sekaligus menghidupkan peluang untuk merebut tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin meminta para pemain tampil lebih garang dan agresif serta melupakan 2 kekalahan sebelum ini ketika bertemu UAE dan Vietnam.

Tan Cheng

FOTO: FAM

“Sudah tentu sebelum ini saya begitu kecewa dengan kekalahan 1-0 kepada Vietnam pada perlawanan ketiga di Hanoi, 10 Oktober lalu yang mana permainan kita ketika itu bukan pada tahap sebenar seperti apa yang ditampilkan pada perlawanan menentang Indonesia dan UAE sebelum itu.

“Jadi untuk perlawanan menentang Thailand malam ini, saya mahu para pemain bangkit semula daripada kekalahan kepada Vietnam itu dan apa yang ditampilkan ketika kita menewaskan Tajikistan 1-0 pada aksi persahabatan, Sabtu lalu harus dipertingkatkan lagi dengan menampilkan kekuatan sebenar bertemu Thailand ini.

“KIta mahukan kemenangan malam ini. Jadi pemain perlu tampil dengan lebih garang, agresif dan tunjukkan taring dan semangat harimau yang sebenar, lebih-lebih lagi kita akan beraksi dengan dibantu sokongan padu puluhan ribu penyokong sendiri.

“Tunjukkan yang anda semua pemain yang bagus dan memiliki kualiti untuk menewaskan Thailand, malam ini,” kata Datuk Haji Hamidin dalam kenyataan di laman facebook rasmi FAM.

75226308_2500317516731664_3103094243359457280_o

FOTO: FAM

Beliau juga turut menyeru para penyokong Harimau Malaya supaya turun beramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini bagi memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada para pemain.

Malaysia kini berada di tangga keempat dalam kumpulan G dengan tiga mata hasil kemenangan ke atas Indonesia manakala Thailand dan Vietnam menghuni dua kedudukan teratas dengan 7 mata. UAE pula berada di tangga ketiga dengan enam mata.

Hanya juara kumpulan dan 4 pasukan naib juara yang terbaik (12 pasukan) akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 serta layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia 2023.

Manakala baki pasukan yang tidak berjaya ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 akan beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 dimana 24 pasukan akan dibahagikan kepada 6 kumpulan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Asia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 melalui pautan dibawah.

Simon McMenemy Merajuk, Enggan Sertai Indonesia Untuk Perlawanan Menentang Malaysia

Vietnam Dibawah Park Hang-seo Masih Kekalkan Status ‘Unbeaten’ Dengan Negara ASEAN

Tim Pelatih Timnas Indonesia Akan Mata-matai Laga Malaysia Vs Thailand

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group