Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia yang juga Presiden Malaysian Football League, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan SEA di Vietnam 2021 oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Hamidin dalam satu kenyataan rasmi di laman facebook FAM menyifatkan pelantikan itu sebagai satu penghormatan kepada industri bola sepak negara.

Dengan pelantikan ini, Datuk Haji Hamidin mencipta sejarah sebagai Presiden FAM pertama yang dipilih sebagai CDM sejak penyertaan Malaysia sebagai Persekutuan Tanah Melayu di Sukan SEAP bermula 1959 di Bangkok.

“Pelantikan ini bukan sahaja penghargaan besar buat saya tetapi juga satu penghormatan buat FAM dan industri bola sepak secara umumnya.

“Terima kasih kepada MOM yang diketuai Presidennya Tan Sri Norza Zakaria bersama ahli majlisnya yang dalam mesyuarat hari ini sebulat suara memilih saya sebagai CDM. Pelantikan ini sememangnya tugas yang berat tetapi amanah yang perlu saya galas sebaik mungkin.

“Dengan sokongan MOM dan MSN serta anggota urus setia, saya yakin kita dapat beri sokongan yang kuat buat setiap ahli kontinjen negara untuk berdepan Sukan SEA,” kata Datuk Haji Hamidin.

Jumlah
Datuk Hamidin Mohd Amin

Sebanyak 40 jenis sukan termasuk bola sepak bakal dipertandingkan pada Sukan SEA 2021 yang dijadual dari 21 November hingga 2 Disember ini.

FAM dijangka akan menghantar skuad bawah 19 tahun negara beraksi pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada November ini dan skuad yang sama juga akan menjadi skuad projek atau pembangunan ke arah Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Skuad kendalian Brad Maloney ini juga akan membawa cabaran Malaysia pada Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022 yang akan berlangsung hujung tahun ini dan seterusnya dipersiapkan untuk menghadapi Kelayakan Olimpik 2024 Paris.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kelantan FC Jana RM43,972 Hasil Jualan Siaran ‘Pay-Per-View’ Dan Jersi Edisi Khas Bertemu Perak II

Lebih 30 Pemain Akan Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian