Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan menasihatkan para penyokong agar tidak berkumpul di luar stadium sekaligus mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Datuk Ghani berkata demikian setelah kumpulan penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Boys Of Straits (BOS) berkumpul di luar Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Liga Super antara JDT menentang Felda United Sabtu lalu. Perkara ini nyata bercanggah dengan nasihat KKM dimana segala perhimpunan atau aktiviti keramaian harus ditangguhkan pada masa ini.

Datuk Ab Ghani Hassan
Sumber Gambar: Stadium Astro

“MFL tidak boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas penyokong yang masih berdegil hadir ke stadium walaupun perlawanan Liga Malaysia minggu ini diadakan dalam stadium kosong. MFL berharap arahan ini diambil peduli oleh mereka (penyokong) kerana kita tak mahu ada di antara mereka nanti dijangkiti Covid-19 dan jangan membabitkan diri dalam penularan virus ini.

“Berkumpulan di luar (stadium) itu berbahaya dan kita tak boleh ambil apa-apa tindakan. Cuma kita berharap pihak berkuasa boleh meleraikan sebarang perhimpunan di luar stadium,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Jumaat lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL mengambil keputusan dimana aksi Liga Malaysia pada hujung minggu lalu dilangsungkan tanpa penonton dan semua kejohanan di bawah kelolaan dua badan tersebut akan ditangguh bermula, hari ini.

Selain Malaysia, beberapa negara Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia turut menggantung sementara saingan liga bola sepak domestik bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Baca artikel lain mengenai saingan Liga Malaysia di sini:

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

B.Satianathan Akui Kekalahan Kepada Kedah Merupakan Kesalahan Sendiri

Aidil Sharin:”Saya Lakukan Perubahan Kerana Mahu Menggunakan Shakir Hamzah Buat Serangan Disebelah Kiri”