6 hari lagi skuad Malaysia Bawah 15 Tahun (B-15) akan menghadapi saingan Kelayakan AFC B-16 yang akan berlangsung di Loas, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menuntut anak buah P. Maniam mengekalkan prestasi konsisten selepas muncul sebagai juara Kejohanan AFF B-15 bulan lepas. 

Katanya dalam kenyataan rasmi di laman facebook FAM, beliau mahukan pemain bijak mengawal emosi dan berdisiplin sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Mereka juga perlu berusaha tiga kali ganda jika mahukan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa yang akan datang.

“Sememangnya diusia begini kita lebih mementingkan pembangunan berbanding kemenangan tetapi penting juga untuk kita kekal konsisten.

“Selepas menjuarai AFF di Chonburi, Thailand, 9 Ogos lalu, saya yakin ramai yang akan memandang kita sebagai pesaing hebat maka pastinya mereka mahu menundukkan kita.

“Maka penting untuk kita berusaha lebih gigih dengan menumpukan sepenuh perhatian pada kejohanan dan sentiasa patuhi arahan jurulatih,” katanya.

FB_IMG_1568265971593

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan J pada Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2020 bersama pasukan gergasi Asia, Jepun, Cambodia dan tuan rumah, Laos.

Hanya juara kumpulan dan tempat kedua terbaik akan mara ke pusingan akhir kejohanan tersebut.

Baca artikel mengenai prestasi skuad Malaysia B-15 ketika dalam kejohanan AFF B-15 bulan lepas.

Tandukan Nabil Qayyum Pastikan Malaysia Juara AFF B-15

AFF B-15: Malaysia Gah Benam Vietnam Untuk Mara Ke Perlawanan Akhir

Australia Tewas Mengejut Ditangan Anak Buah P. Maniam