Bekas penyerang pasukan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Darren Lok dikaitkan dengan kelab yang berpusat di Lembah Klang iaitu Petaling Jaya City FC.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, PJ City memberikan tawaran yang lebih baik kepada Darren berbanding apa yang diberikan oleh pasukan Pulau Pinang yang dikhabarkan turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kacukan itu.

Setelah beraksi selama empat musim bersama JDT dan memenangi beberapa kejuaraan antaranya Piala Malaysia (2017) dan Piala Cabaran (2019), Darren memutuskan untuk meninggalkan pasukan dan menyertai Terengganu bagi menghadapi saingan musim 2020.

Namun, saingan yang dipendekkan ekoran pandemik COVID-19 menyebabkan Darren Lok gagal untuk mendapatkan minit bermain yang cukup sekaligus tidak berpeluang untuk menampilkan prestasi.

Darren Lok
Sumber Gambar: Terengganu FC

Petaling Jaya City FC pula akan dibimbing oleh ketua jurulatih baharu iaitu P.Maniam setelah K.Devan tidak disambung kontrak oleh pengurusan pasukan.

Di bawah kendalian P.Maniam, PJ City akan menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Joseph Kalang Tie Mahu Kekal Di Negeri Sendiri, Tidak Fikir Untuk Berhijrah Ke Pasukan Lain

Sabah FC Lantik Lucas Kalang Laeng Sebagai Pengendali Baharu

Media Sepanyol Ini Dedahkan Kelab Dari Malaysia Buru Khidmat Diego Rolan