Siapa sangka bekas pemain import UiTM FC, Victor Nirennold yang beraksi dalam saingan Liga Super tahun lepas kini berada dalam saingan divisyen utama Liga Scotland, Scottish Premiership musim 2021-2022.

Pemain yang berusia 31 tahun itu diumumkan sebagai pemain baharu kelab Motherwell FC untuk membantu memperkuatkan benteng pertahanan dalam baki perlawanan yang akan datang.

Setelah 3 tahun mengutip pengalaman di Asia Tenggara bersama UiTM FC dan kelab dari Liga Vietnam, SHB Da Nang, Nirennold kembali semula ke eropah serta bertemu dengan bekas jurulatihnya, Graham Alexander yang kini merupakan pengurus Motherwell.

“Victor memberi kekuatan tambahan kepada kami di bahagian pertahanan kanan. Dia telah menepati ciri-ciri corak permainan yang kami mahukan dan perwatakannya sesuai dengan pasukan kami.

“Kami gembira kerana dia berada di sini bersama kami dan tidak sabar bekerja dengannya lagi,” kata Graham Alexander.

Mempunyai ketinggian 194 cm, sebelum menyertai UiTM FC, Victor pernah beraksi di Amerika Syarikat bersama FC Miami City dan kemudian ke kelab EFL, Fleetwood Town. Selepas itu, beliau ke Slovakia sertai FK Senica.

Motherwell kini berada di kedudukan ke-4 dalam saingan Scottish Premership setelah mengutip 31 mata dalam 21 perlawanan yang diharungi. Victor dijangka membuat penampilan sulung dalam perlawanan menentang Hearts pada 29 Januari ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Sasalak Haiprakhon Kembali Ke Buriam United

Witan Sulaeman Sertai FK Senica, Bakal Beraksi Bersama Egy Maulana Vikri

Ikhsan Fandi Jaringkan Dua Gol, Bantu BG Pathum Tewaskan Songkhla FC

Kurniawan Berkelana Ke Itali, Jadi Penolong Jurulatih Kelab Serie B