Wartawan Gianluca Di Marzio dari Itali mendedahkan bahawa Romelu Lukakun sedia melakukan apa sahaja untuk kembali ke Inter Milan.

Malah laporan yang sama menyebut bahawa Lukaku sudah menghubungi Inter Milan untuk meminta kelab itu membelinya semula sejak Krismas tahun lalu lagi.

Menurut Di Marzio: “Sejak Krismas [Disember 2021], Luaku telah menghantar mesej terbuka atau peribadi kepada Inter. Menghubungi pengarah pengarah Inter dan pengurus, bekas rakan sepasukan dan juga presiden, dia menyatakan dia sanggupun mengorbankan 3/4 daripada gajinya di London, dan melakukan apa sahaja untuk kembali ke Inter.”

Pemain antarabangsa Belgium itu sebelum ini mendesak Inter menjualnya ke Stamford Bridge walaupun dia sudah berjanji tak akan meninggalkan Inter walaupun Antonio Conte ketika itu sah meletak jawatan.

Ultras Inter sangat marah dengan Lukaku yang menurut mereka cakap tak serupa bikin. Dia dah berjanji untuk kekal dan kira kira 2 minggu sebelum jendela perpindahan ditutup dia mendesak untuk dijual ke Chelsea.

Alasannya, kerana itu adalah Chelsea, dan dia masih ada urusan tak selesai lagi di sana selepas meninggalkan kelab itu pada usia muda.

Kesannya, Inter Milan sukar mencari penggantinya. Dan dia meletakkan kelab dalam masalah kerana dia adalah penjaring utama kelab.

Lukaku akhirnya berjaya berpindah dan mendapat gaji lumayan. Chelsea membayarnnya dengan rekod perpindahan kelab sekitar £97.5 juta secara keseluruhan.

Malangnya ketika di Chelsea dia gagal mendapatkan prestasi terbaiknya seperti di Inter. Malah pemain tengah seperti Mason Mount ada gol lebih banyak daripadanya.

Wawancara kontroversi

Lebih teruk lagi beberapa bulan selepas menyertai Chelsea dia terlibat dalam satu wawancara kontroversi di mana dia menyatakan taat setianya kepada Milan dan mahu kembali ke sana.

Lukaku berkata begitu ketika ditanya, adakah dia akan cuba memujuk Lautaro Martinez menyertainya di Chelsea. Dia menegaskan tak perlu, kerana dia sendiri akan kembali ke Inter dan bermain dengan Lautaro sekali lagi.

Sepanjang wawancara itu Lukaku memuji Inter Milan dan dia turut melemparkan kritikan kepada taktikal Thomas Tuchel yang menurutnya menjadi punca kenapa dia tak dapat gol yang banyak.

Sambil mengkritik jumlah minit perlawanan yang diberikan kepadanya yang terlalu sedikit. Dia kemudian berjanji akan menempuhi cabaran itu.

Malangnya Tuchel tidak gembira dengan kenyataan itu dan mengambil tindakan ke atas Lukaku. Kerana dia adalah pemain Chelsea. Kenapa bercakap tentang mahu bermain untuk kelab lain?

Lukaku kemudian mengakui dia melakukan kesilapan dan meminta maaf kepada semua orang.

Selepas wawancara itu, Lukaku masih gagal menunjukkan prestasi terbaiknya walaupun dia diberikan peluang untuk membuktikan dirinya.

Inter Milan tidak mampu membeli semula Lukaku

Chelsea sedia melepaskan Lukaku. Namun Inter Milan sebenarnya tidak mampu membeli atau mendaftarkan Lukaku dengan pakej gaji yang dia ada.

Lukaku menawarkan diri untuk menerima pengurangan gaji. Namun itu masih belum dapat membantu. Kerana Chelsea pastinya tidak akan menjual Lukaku terlalu murah.

Inter Milan dikatakan sedia mendapatkan Lukaku secara pinjaman. Tetapi Chelsea mahukan perjanjian tetap. Jika perjanjian pinjaman, Chelsea mahukan bayaran semusim yang sangat tinggi dengan menawarkan pakej bayaran gaji bersama.

Isu yuran pinjaman yang tinggi ini masih menjadi penghalang pada ketika ini.

Seterusnya Tuchel mahukan jaminan bahawa Chelsea akan mendapatkan penggantin. Nama seperti Christopher Nkunku dan Robert Lewandowski sebagai sasaran

Gianluca Di Marzio menyatakan bahawa kedudukan Marina Granovskaia akan menjadi watak utama dalam menentukan nasib Lukaku musim hadapan.

Chelsea yang akan berada dalam pemilikan baharu. Kedudukan Marina Granovskaia dalam mengetuai soal kontrak pemain masih belum ditentukan.

“Ianya bergantung kepada siapa yang akan membuat keputusan untuk Chelsea pada masa hadapan.”

“Sama ada Marina Granovskaia kekal atau tidak? Jika dia kekal, saya rasa dia akan berjuang untuk mempertahankan Lukaku, dengan mengambil kira betapa sukarnya dia cuba mendapatkan Lukaku sebelum ini dari Inter.”

“Tak mungkinlah dia akan semudah itu berkata, ok kamu boleh pergi secara pinjaman dengan opsyen pembelian tetap.”

“Ianya sangat sangat sukar terjadi, namun dalam bola sepak, kamu tak boleh kata ianya mustahil.”

“Atau mungkin Lukaku akan berkata bahawa dia hanya akan berpindah ke Inter Milan sahaja dan tidak mahu ke kelab lain. Ini akan memberikan situasi berbeza,” Di Marzio merujuk kepada Lukaku mungkin akan terus kekal di Chelsea namun dia mungkin tak akan memberikan sumbangan yang diharapkan.

Di Marzio menambah: “Apa yang pasti Inter Milan tengah menunggu. Sama ada mereka ada sebarang peluang untuk mendapatkan Lukaku semula.”