Minggu lalu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon mendedahkan pihaknya terpaksa membayar pampasan sebanyak RM300,000 kepada penganjur Kejohanan jemputan Meizhou Hakka Cup setelah membuat keputusan untuk menarik diri.

Skuad kendalian B. Satiananthan tidak dapat menyertai kejohanan tersebut berikutan penularan wabak virus corona di China yang boleh mengancam tahap kesihatan para pemain dan pegawai pasukan.

Bagaimanapun menurut laporan daripada News Strait Times, FAS kini berjaya dapat diskaun sebanyak 50 peratus dan hanya perlu membayar RM150,000 kepada pihak penganjur.

“Kami telah berbincang dengan Meizhou dan mereka setuju untuk kurangkan kepada 50 peratus. Kami telah pun membayar kepada mereka,” kata Dr. Johan.

Kerjasama
Sumber Gambar: Stadium Astro

Kejohanan tersebut telah pun dibatalkan walaupun dua pasukan lain telah tiba selepas mengambil kira perintah daripada kerajaan China yang melarang rakyatnya keluar rumah dan menutup beberapa bandar besar.

Selangor akan memulakan kempen Liga Super 2020 menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 29 Februari.

Baca artikel lain mengenai perkembangan kejohanan Meizhou Hakka Cup sebelum ini.

Kejohanan Meizhou Hakka Cup Dibatalkan, Chonburi FC Terpaksa Pulang Semula Ke Thailand

TERKINI: Selangor Batal Sertai Kejohanan Jemputan Meizhou Hakka Cup Di China

Chonburi FC Enggan Tarik Diri, Tetap Ke China Sertai Kejohanan Meizhou Hakka Cup