Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Daniel Ting akhirnya mengucapkan terima kasih kepada kelab lamanya, Kuala lumpur City setelah melengkapkan perpindahan ke juara bertahan Liga Super ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Daniel mengucapkan terima kasih menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau memuat naik gambar yang menunjukkan beliau sedang beraksi dan pemain berusia 30 tahun itu juga menyatakan beliau bangga dapat meraih satu piala bersama skuad ibu kota musim lalu.

https://twitter.com/nocontextbolamy/status/1551435031310381056

“Sudah lama tertangguh tetapi kepada semua peminat Kuala Lumpur City musim lalu, terima kasih! Satu musim terbaik dan saya bangga menjadi sebahagian daripadanya,” kata Daniel.

Post tersebut turut mendapat perhatian daripada rakan sepasukan Daniel di JDT iaitu Guilherme De Paula dimana pemain naturalisasi itu meminta agar Daniel agar memadam post tersebut kerana beliau kini sudah beraksi bersama JDT.

Setakat ini, Daniel Ting banyak beraksi bersama pasukan pembangunan iaitu JDT II dalam saingan Liga Premier dan beliau membantu skuad Harimau Selatan membawa pulang satu mata ketika berdepan TRW Kelantan di Kota Bharu minggu lalu.

La’Vere Corbing-Ong masih menjadi pilihan ketua jurulatih, Benjamin Mora untuk beraksi bersama pasukan utama dan Daniel masih lagi mempunyai masa untuk tampil cemerlang bersama skuad pembangunan dan merebut tempat dalam pasukan utama.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Pagar Penghadang Stadium Antarabangsa Jakarta Roboh Ketika Aksi Persija Jakarta Menentang Chonburi

Asnawi Mangkualam Jaringkan Gol Pertama Bersama Ansan Greeners

Isu Pengadil Tendang Fazly Mazlan, Subkhiddin Gesa Pihak Bersalah Diadili Sewajarnya