Pemain pertahanan baharu Kuala Lumpur United (KLU), Daniel Ting nyata teruja untuk kembali beraksi bersama bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali.

Setelah dua musim menghilang dari dunia bola sepak profesional dan berhijrah ke Australia, Daniel mengambil keputusan untuk kembali beraksi dan menerima tawaran skuad warga kota.

Menurut Daniel, beliau tertarik kerana bakal beraksi bersama Safee Sali, dimana kedua-dua pemain ini pernah membarisi kesebelasan utama PKNS FC tiga musim sebelumnya.

“Saya pernah beraksi di samping Safee di PKNS, seronok bergandingan dengannya. Nyata dia amat dihormati di atas padang, pengalamannya amat berharga buat pasukan,” kata Daniel ketika ditemu bual Astro Arena.

Tambah Daniel Ting, beliau kini merupakan seorang pemain yang mempunyai mentaliti serta fizikal berbeza berbanding sebelum ini.

Daniel Ting
Sumber Gambar: PKNS FC

“Peluang beraksi selalu bermain dalam fikiran. Saya sentiasa mahu beraksi dalam perlawanan kompetitif, teratur dan liga profesional.

“Saya tidak kesal dengan tindakan sebelum ini. Saya kini adalah pemain berbeza daripada segi fizikal dan mentaliti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pemain Harimau Malaya Bakal Diberikan Suntikan Vaksin COVID-19 Sebelum Ke Luar Negara

MFL Nafi Saingan Liga Malaysia 2021 Dibatalkan

Pengendali TRW Kelantan FC, Marco Ragini Cari Penjaga Gol Baharu