Dito

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pertahanan kacukan negara, Daniel Ting kembali ke pangkuan kelab lamanya, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas meninggalkan Kuala Lumpur City pada awal musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab dimana mereka memuat naik video yang menunjukkan Daniel melawat Stadium Sultan ibrahim dan bertemu dengan Pengarah Sukan kelab, Alistair Edwards.

Sebelum ini, peminat tertanya-tanya mengapa Daniel memutuskan untuk meninggalkan skuad ibu kota itu memandangkan beliau antara pemain yang tampil konsisten bersama skuad kendalian Bojan Hodak.

Presiden KLFA, Khalid Samad kemudiannya mendedahkan faktor utama mengapa Daniel meninggalkan KL City adalah kerana pemain itu enggan mengambil suntikan vaksin susulan peningkatan kes COVID-19 pada bulan Mac lalu.

“Daniel tidak mahu mengambil suntikan vaksin dan sekarang dia berada di UK. Dia dah tinggalkan KL City,” kata Khalid Samad.

Setelah meninggalkan KL City, Selangor dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu namun oleh kerana klausa tertentu dalam kontrak Daniel bersama KL City, Selangor tidak meneruskan usaha untuk menandatangani pemain itu.

Musim 2021 menjadi kebangkitan bagi Daniel Ting dalam saingan Liga Malaysia dimana kali terakhir beliau beraksi di negara ini ialah pada musim 2018 PKNS FC atau yang kini lebih dikenali dengan Selangor 2.

Muncul sebagai pemain paling konsisten sepanjang musim 2021, namun Daniel tidak dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang dilangsungkan pada Disember 2021 hingga Januari 2022.

Di JDT, Daniel akan bersaing dengan La’Vere Corbing-Ong bagi mengisi posisi pertahanan kiri dan sekiranya beliau menampilkan prestasi yang baik, tidak mustahil Daniel akan dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Mauricio Dos Santos Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT

Sergio Aguero Dan Lee Tuck Tidak Dapat Didaftarkan Sebagai Pemain Tempatan

Malaysia Antara 4 Pasukan Terbaik Dunia Alami Kenaikan Mendadak Dalam Ranking FIFA

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group