Masihkah anda ingat pemain pertahanan berdarah kacukan Malaysia-England, Daniel Ting yang beraksi cemerlang bersama pasukan KL City dalam saingan Liga Malaysia musim lepas?

Beliau dilaporkan bakal kembali ke saingan Liga Malaysia musim ini dan dikatakan akan menyertai sebuah pasukan dari selatan tanah air. Perkembangan ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melalui laman twitternya.

Ketiadaan pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Ting dalam pasukan KL City pada awal musim ini sejak bulan lepas menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Beliau sepatutnya melapor diri menyertai kelab itu namun kelibatnya tidak kelihatan sehingga terlepas aksi Piala Sumbangsih menentang JDT.

Pemain yang berusia 29 tahun itu akhirnya ditamatkan kontrak oleh KL City. Malah, Presiden KLFA, Khalid Samad mendedahkan punca utama Daniel digugurkan daripada skuad warga kota itu kerana enggan mengambil suntikan vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.

“Daniel tidak mahu mengambil suntikan vaksin dan sekarang dia berada di UK. Dia dah tinggalkan KL City,” kata Khalid Samad melalui laporan dalam New Straits Times

Tempat Daniel Ting pada musim ini digantikan oleh pemain kacukan Malaysia-Australia, Declan Lambert yang telah beraksi dalam 2 perlawanan Liga Super setakat ini termasuk Piala Sumbangsih menentang JDT.

Musim 2021 menjadi kebangkitan bagi Daniel Ting dalam saingan Liga Malaysia dimana kali terakhir beliau beraksi di negara ini ialah pada musim 2018 PKNS FC atau yang kini lebih dikenali dengan Selangor 2.

Muncul sebagai pemain paling konsisten sepanjang musim 2021, namun Daniel tidak dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang dilangsungkan pada Disember 2021 hingga Januari 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Pemain Pertahanan Uzbekistan Sah Sertai Sri Pahang

Pemain Tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr Sah Sertai Kedah Darul Aman

MFL Lancar Bola Sepak Fantasi Rasmi Pertama Liga Malaysia

Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan

Zainal Abidin Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Penang