Pemain pertahanan kiri Kuala Lumpur City, Daniel Ting dilaporkan bakal beraksi bersama pasukan baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Menurut perkongsian Onefootball.my di laman media sosial Twitter, Daniel mungkin kekal di Lembah Klang dan Selangor menjadi salah satu pasukan yang mungkin disertai oleh pemain itu.

https://twitter.com/onefootballm/status/1497577341153079299?s=21

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan Daniel mungkin akan menamatkan kontrak dengan KL City lebih awal setelah pemain itu berdepan masalah untuk kembali ke Malaysia.

Menurut Zulhelmi, pemain kacukan Malaysia-England itu sukar kembali ke Malaysia ekoran masalah peribadi sekaligus berdepan risiko kontraknya ditamatkan lebih awal.

Musim 2021 menjadi kebangkitan bagi Daniel Ting dalam saingan Liga Malaysia dimana kali terakhir beliau beraksi di negara ini ialah pada musim 2018 PKNS FC atau yang kini lebih dikenali dengan Selangor 2.

Ketika itu, pemain yang dilahirkan di Cheshire itu membantu PKNS yang dikendalikan Datuk K.Rajagobal menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA dan suku akhir saingan Piala Malaysia.

Daniel mengumumkan beliau meninggalkan PKNS pada akhir musim 2018 namun bukan untuk menyertai pasukan lain malah bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Negeri Sembilan ini dikhabarkan memilih untuk bersara.

Muncul sebagai pemain paling konsisten sepanjang musim 2021, Daniel tekad untuk mewakili skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang dilangsungkan pada Disember 2021 hingga Januari 2022.

Namun hajat beliau tidak menjadi kenyataan dimana ketua jurulatih skuad kebangsaan ketika itu, Tan Cheng Hoe memanggil pemain lain dan Daniel tidak disenaraikan.

Sepanjang beraksi bersama Kuala Lumpur City, pemain berusia 29 tahun itu berjaya membantu KL memenangi saingan Piala Malaysia musim 2021 dengan menewaskan JDT di pentas akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Forestieri Tidak Dapat Menahan Sebak Selepas Menang Piala Pertama Bersama JDT

Dendam Terbalas, Piala Sumbangsih Terus Jadi Milik JDT

Piala Sumbangsih 2022: Benjamin Mora Sedia Ikut TMJ Tinggalkan Bola Sepak Jika JDT Kalah