Pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Ting dilaporkan bakal membuat kemunculan semula dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana pasukan dari Lembah Klang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu.

Daniel kali terakhir beraksi di Liga Malaysia ialah pada musim 2018 lalu dimana beliau menyarung jersi PKNS FC atau yang kini lebih dikenali dengan Selangor 2.

Pemain yang dilahirkan di Cheshire itu membantu PKNS yang dikendalikan Datuk K.Rajagobal ketika itu menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA dan suku akhir saingan Piala Malaysia.

Daniel Ting mengumumkan beliau meninggalkan PKNS pada akhir musim 2018 namun bukan untuk menyertai pasukan lain malah bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II ini dikhabarkan memilih untuk bersara.

Masih belum jelas pasukan mana yang akan disertai oleh pemain pertahanan kiri itu pada saingan musim 2021 nanti.

Tiga pasukan iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya City FC dilihat sebagai calon utama bagi mendapatkan khidmat Daniel.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Fasiliti Lengkap Antara Sebab Utama Nik Sharif Pilih Sertai Selangor

Johor Darul Ta’zim Dapatkan Khidmat Isaac Angking Hadapi Musim 2021

Endrick Dos Santos Dan Gonzalo Cabrera Bakal Dapat Kerakyatan Malaysia