Felda United terpaksa melupakan khidmat pemain tengah, Daniel Amier Norhisham pada awal saingan Liga Malaysia musim 2020 apabila pemain itu bakal menjalani pembedahan tulang metatarsal.

Kecederaan yang dialami oleh pemain yang mesra disapa Boy itu menyebabkan beliau terlepas sebahagian besar aksi bersama Felda United musim lalu dan mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan.

Daniel Amier

Sumber Gambar: FAM

“Sebenarnya, kecederaan itu sudah lama berlaku ketika dia bersama pasukan kebangsaan.

“Tetapi pada ketika itu, dia masih belum memerlukan pembedahan di tulang tersebut.

“Setelah berbincang dengan Daniel, kami berharap agar dia dapat segera pulih. Musim lalu, dia terlepas lima atau enam perlawanan.

“Kami rasa setiap perlawanan pada awal musim ini amat penting buat Felda United,” kata Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman menurut laporan Stadium Astro.

Daniel Amier

Afizal Abu Othman. Sumber Gambar: MFL

Daniel Amier dikhabarkan bakal menjalani pembedahan pada Selasa ini dan beliau perlu berehat sekurang-kurangnya tiga minggu.

Ini bermakna Boy tidak akan beraksi dalam dua atau tiga perlawanan Liga Super bersama Felda United.

Baca artikel lain mengenai pasukan Felda United di sini:

Felda United Dinobatkan Sebagai Juara Piala Edy Rahmayadi 2020

Jasazrin Jamaluddin Dilantik Sebagai Ketua Pasukan Felda United

Rakan Sepasukan Aubameyang Sah Perkuatkan Jentera Tengah Felda United

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group