Pemain tengah Felda United, Daniel Amier Norhisham mengakui ada menerima tawaran dari juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Daniel atau yang mesra disapa Boy menyatakan JDT ada memberikan tawaran namun tiada persetujuan yang diraih kerana klausa kontrak yang tinggi.

“Memang sebelum ini ada tawaran dari JDT. Tetapi kerana kontrak dan juga klausa yang terlalu tinggi, JDT tidak bersetuju. Jadi tiada kata putus yang dicapai setakat ini.

“Bagi saya sendiri, saya memang mahu bermain di Johor. Apa yang mereka sediakan, apa yang TMJ beri kepada pemain JDT sememangnya semua pemain mengidamkan perkara tersebut. Untuk merasakan bagaimana menjadi seorang pemain profesional,” kata Daniel Amier.

Daniel mula menjadi perhatian setelah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Arab Saudi dalam perlawanan saingan AFC B-23 Tahun pada 2018 lalu.

Beliau akan membantu Felda dalam saingan Piala Malaysia sebelum memutuskan pasukan mana yang bakal disertai beliau.

Baca artikel lain mengenai Johor Darul Ta’zim dan Felda United di sini:

Mat Yo Mahu Semua Pasukan Liga Malaysia Contohi JDT

Pemilik Baharu Bakal Ambil Alih Felda United?

JDT Belasah Melaka 5-0 Untuk Kecap Status ‘The Invincible’ Kali Ke-2 Dalam Tempoh 5 Tahun