Penyerang tempatan khususnya pemain muda sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia kerana kebanyakan jurulatih lebih gemar untuk menggunakan pemain import di posisi penyerang.

Akan tetapi, senario berbeza berlaku di Selangor 2 apabila penyerang muda mereka, Danial Asri menjadi pemain tempatan yang menjaringkan gol terbanyak dalam saingan Liga Perdana musim ini dimana pemain itu menjaringkan empat gol setakat ini.

Sejak Liga Malaysia disambung semula selepas berehat lebih lima bulan ekoran pandemik COVID-19, Danial menampilkan prestasi yang baik apabila beliau menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan.

Bekas ketua pasukan skuad Piala Belia Selangor itu menjaringkan dua gol ketika skuad kendalian Michael Feichtenbeiner menewaskan Kuching FA dengan keputusan 4-1. Selain itu, Danial Asri turut menjadi pilihan untuk mengisi kesebelasan utama pada perlawanan menentang Kelantan berbanding pemain import pasukan, Bajram Nebihi.

Apa yang pasti, Danial mampu untuk menjadi penyerang terbaik dalam negara sekiranya beliau mengekalkan prestasi dan memanfaatkan peluang sekiranya terus diberi kepercayaan untuk menerajui barisan serangan Selangor 2.

Dengan kredibiliti yang dimiliki Feichtenbeiner, pemain berusia 20 tahun itu dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencapai potensi sebenar.

Baca artikel lain mengenai pemain muda negara di sini:

Rakan Sepasukan Sifatkan Luqman Hakim Sebagai “Crazy Men”

Luqman Hakim Sertai Sesi Latihan Skuad Senior Buat Kali Pertama

Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk