Dani Alves bersama dengan Barcelona sempena aksi Piala Maradona yang diadakan di Stadium King Saud. Barcelona akan berdepan dengan Boca Juniors dalam aksi untuk memberikan penghormatan kepada mendiang Diego Maradona yang meninggal dunia pada 2020 yang lalu.

Maradona pernah bermain untuk Barcelona dan juga Boca Juniors selain daripada Napoli,

Bercakap kepada media di Arab Saudi, Dani Alves memberikan komennya tentang Europa League. Di mana Barcelona buat pertama kalinya tersingkir awal dari UCL dan ke Liga Europa sejak 2003.

Bercakap tentang peluang Barcelona yang diundi berdepan Napoli dalam aksi UEL, Dani Alves sudah menjangkakan ianya cabaran yang getir untuk mereka.

Namun sebagai kelab bernama Barcelona mereka akan cuba memenangi Europa League walaupun pertandingan itu agak asing untuk mereka.

Sebelum aksi berdepan Bayern, Xavi sendiri menyatakan bahawa tempat Barcelona adalah sentiasa di UCL.

Namun selepas tersingkir Xavi menegaskan bahawa mereka harus menerima hakikat bahawa standard mereka yang ada sekarang adalah standar di UEL.

Dni Alves melihat ini sebagai cabaran baharu. Alves tidak mahu para pemain Barcelona sambil lewa dalam pertandingan kasta kedua Eropah itu. Beliau berkata:

“Saya rasa kita harus menerima apa sahaja cabaran. Kita harus bermain di Europa League. Dan setiap kali kami memakai jersi Barcelona, kami mewakili sejarah kelab dan kami harus melakukannya demi sejarah agung kelab, tidak kira apa sahaja pertandingan yang kamu hadapi.”

“Walaupun kamu bermain batu, kerta, gunting sekalipun, kalau kamu pakai jersi Barcelona, bermakna kamu akan mahu menang.”

https://twitter.com/FCBarcelonaFl/status/1470443191191195654

Dani Alves tidak akan beraksi di La Liga sehingga pendaftaran pemain pada Januari akan datang. Namun beliau sudah bersedia untuk beraksi dalam perlawanan khas itu.

Dani Alves berbesar hati dapat terlibat dalam perlawanan untuk mengenang legenda kelab mereka.

“Saya agak gugup selepas meninggalkan kelab ini sekian lama dan sekarang berpeluang beraksi semula bersama mereka, berada di sini dan mempertahankan pasukan ini.”

“Detik dan cabaran paling penting dalam karier saya tiba kerana situasi kelab ketika ini. Cabaran datang kepada mereka yang tidak gentar menghadapinya. Saya akan cuba yang terbaik demi lencana ini.”

“Bermain bola sepak sentiasa istimewa walaupun di mana saya. Saya ada hubungan yang sangat baik dengan ramai orang di sini. Dan ini [perlawanan] berkaitan dengan menghargai salah seorang legenda terhebat kelab dan itu sangat istimewa.”

Dani Alves menyertai Barcelona secara percuma musim ini selepas menamatkan kontrak dengan kelab Brazil, Sao Paulo kerana tunggakan gaji.

Baca juga artikel

Owen Persoalkan Kenapa Villarreal Tak Boleh Lawan Liverpool Dan Mahu Undian Ketiga

Sergio Ramos: “Saya Sanggup Mati Demi PSG Ketika Menentang Real Madrid”

UEFA Salahkan Software Punca Undian UCL ‘Void’

Sumber